Tuesday 27 December 2011

Time out kat penjuru dinding.....

Assalamualaikum....

Masa kecik2 korang pernah kena denda or hukum tak oleh parents korang kalau korang ketegaq atapun ada buat salah? Mesti pernah kan... takan la tak pernah kena sekali pun. Nampak sangat la nak tipu tu kalau korang ni baik sangat. Hahahaha.....

Aku pun dulu selalu kena juga kalau buat salah dan ketegaq tak dengaq kata. Biasa la tu kan... zaman budak memang la macam tu. Kalau tak kena memang tak sah. Cuma kat sini aku nak citer skit cara denda arwah ayah aku. Aku ni anak bongsu dari 6 beradik... aku ada 2 abang dan 3 orang kakak. Walaupun aku ni yang bongsu tapi tak pernah pun jenih manja taik ulat. Kalau buat salah mesti kena belebau punya la....

Kalau setakat kena rotan, feather duster atau kutey tu standard la kan. Kalau kena yg macam ni cuma sakit ja tapi tak tensen. Tapi kalau kena denda yang satu ni mmg mau tensen. Kalau boleh tobat tak mau buat dah kesalahan tu.... sungguh aku cakap. Tak caya? Meh nak cita skit.


Arwah ayah aku ni style dia kalau denda mmg lain macam skit. Dia suka kasi time out kat aku. Aku paling tak suka time out ni sebab tak leh gerak pi mana2 dan dok keraih ja kat situ. Hadusssss.... stressss woooo. Selalunya bila ayah aku marah dia akan suruh aku pi berdiri kat satu sudut kat umah n mengadap ke dinding tu. Hahaha... kalau setengah jam kena... setengah jam la kat situ. Lepas tu dia akan panggil mai kat dia dan dia akan pujuk balik. Dan selalu aku kena mcm ni. Dulu mmg aku benci bila kena mcm ni... maunya tak... tak leh buat apa2 apatah lagi tgk TV. Kena plak time tu ada katun yg aku suka..... leh meroyan wooooo....

Ni bukan aku tapi Danish dan ni bukan lakon semula ye
Ni adalah denda aku bagi kat Danish bila dia buat salah. Ni gbr 2 tahun lepas.
Sila abaikan lukisan abstrak kat dinding sebelah tu...

Bila aku kenang balik sekarang, rupanya denda yang mcm ni boleh menjadikan kita lebih berdisiplin, tegas dan sangat taiko.... hahahaha. Adessss... La ni aku mempraktikkan apa yang pernah arwah ayah aku buat dalam mendisiplinkan anak2 aku ni. "Danish... pi berdiri kan penjuru tu".... hahahaha.... Lepas 5-10 minit aku akan panggil dia datang kat aku.... 

Selain dr kena berdiri kat penjuru, aku biasa kena tibai dengan rotan dan jugak feather duster. Sakit tu memang sakit tapi tak meninggalkan kesan mcm kena berdiri kat penjuru mcm tu. Kalau diberi pilihan kena rotan atau berdiri kat penjuru mcm tu... aku lebih suka kena rotan.... hehehe.....

Ermmmm... rotan belum beli. Ingat nak kena beli juga lepas ni. Gantung kat kepala pintu mcm arwah mak aku selalu buat dulu. Tapi seminggu sekali akan kena ganti sbb lepas aku kena rotan dengan mak, aku akan lepaskan geram kat rotan tu pulak..... aku patah2kan rotan tu.... ko ade? hahaha... 


Makna perkataan :
Ketegaq            = degil
Kutey                = cubit
Belebau            = bedal/tibai
Manja taik ulat  = manja yang sgt2 gedik

Sunday 25 December 2011

Apa itu SMTI

Assalamualaikum..... tadi terbaca satu blog iaitu berkenaan SMTI seperti tajuk di atas. Acronym ini bermula dari blog saudara Mazidul Akmal. Sila baca tampalan dibawah.


Saya sedar sebilangan bloggers berasa kecil hati atau terkilan jika tiada pembaca langsung pengunjung meninggalkan komen di tampalan mereka. Secara peribadi saya tidak mempunyai masalah sebegitu. Saya menulis untuk berkongsi berita terkini dan ilmu, motif saya menulis blog, jelas. Samada pembaca sudi meninggalkan komen atau sebaliknya, itu perkara kedua.

Kekadang kita membaca blog milik bloggers lain untuk mengetahui kandungan utama tampalan mereka. Ada waktunya, kita terpanggil untuk meninggalkan komen, ada ketikanya tidak, terutama apabila topik diulas bukan berada di dalam ruang lingkup pengetahuan kita. Pada masa sama, kita tidak dapat menyangkal kenyataan, majoriti bloggers menganggap setiap komen dicatatkan pembaca, simbol sokongan moral terhadap blog terbabit. Jika kita melontarkan komen, mereka tahu identiti pembaca blog mereka.

Untuk mencetuskan suasana menang menang, saya mencadangkan... Selepas ini, setiap kali kita berkunjung ke blog lain, kita tinggalkan jejak, isyarat menunjukkan kita membaca blog mereka sekaligus menghargai karya penulis dan pemilik blog.... ringkasnya, kita tuliskan "Saya membaca tampalan ini", 4 perkataan melambangkan penghargaan kita sesama bloggers. 'SMTI', jika ingin catatan lebih ringkas.

Terlalu mudah menaip 'SMTI' berbanding usaha penulis blog menghasilkan tampalannya. Jika ekspresi 'OMG!' atau 'Oh my God!' boleh dikenali di seluruh dunia, singkatan 'SMTI' juga mampu terserlah andai dipraktikkan di negara kita. 
Boleh diterima ide itu? 


Saya berharap dapat melihat banyak SMTI di blog ini dan di blog lain. Jika maksud ringkasan perkataan itu tidak difahami sebilangan bloggers, jelaskan kepada mereka. 
Kalau bukan kita memulakan budaya ini, siapa lagi?



So, apa kata lepas ni kita semua buat macam ni.. tiap kali kita baca entry blogger yang kita follow, kita just type SMTI sebagai tanda kita sudah membaca dan memberi sokongan.


Mee Bandung Muar dan Asam Pedas Parit Jawa

Keje aku sebagai Safety Rep untuk company aku keje ni memungkinkan untuk aku selalu travel ke Johor, Melaka dan KL. Bila dah ke tempat2 macam tu, banyak la pengalaman dan pelajaran yang dapat aku ceritakan. Bulan Oktober lepas, aku travel ke Melaka dan Muar atas urusan safety yang harus dibereskan di dua buah cawangan company aku keje. Aku ni mmg suka makan dan akan try apa saja makanan yang orang kata sedap dan "must try". So kalau dah sampai ke Muar tapi tak try Mee Bandung dan Asam Pedas mmg tak patut la kan...

First day aku sampai ke Muar masa tu hujan lebat dan perut mmg tengah lapar gila selepas drive almost 6 jam dari Penang ke Muar. Aku pulak kalau driving, mmg takan makan langsung since aku akan cepat mengantuk kalau aku makan masa traveling. Aku just minum air dan snack je during that time. So bila sampai Muar dlm pkl 5pm, cacing2 dalam perut dah meronta meminta di beri makanan. Mungkin dah ada cacing yang dah koma akibat kekurangan karbohidrat. So aku just ikut gerak hati je singgah mana2 kedai yang aku rasa boleh mencekik.

Sebelum sampai je Jambatan Muar tu, ada satu kedai Mee Bandung di bangunan yang bersebelahan dengan Stesen Minyak Petronas. So aku singgah situ, terus pesan sepinggan Mee Bandung Muar dan Teh O panas. Memang tak salah tangan yang pusing stering kereta. Mee Bandung Kedai tu mmg sedap. Tak pernah lagi makan Mee Bandung tapi rasanya mmg out of this world la. Lepas abis makan, order lagi sebungkus nak bawa ke hotel (hotel pun belum cari lagi at that time). Lepas makan... terus ke bandar Muar untuk ke Hotel Riverview since sebelum travel dah pun google hotel2 di Muar. Alhamdulillah dapat bilik tapi yang twin sharing je since bilik yg katil queen semua dah full..... kalau nak juga kena tunggu lagi 2-3 jam. Aku dah malas nak tunggu sbb dah letih sangat so amik je bilik tu.....

Mee Bandung Muar special skit sbb telur akan dimasukkan kedalam kuah 
untuk setiap pesanan. Itu yang menjadikannya agak sedap dan berbeza

3rd day kat sana, aku try pulak makan Asam Pedas Parit Jawa. Dari hotel ke Parit Jawa lebih kurang 1/2 jam juga. Tapi sebab dengar kata asam pedas situ mmg terbaik... so tak nak ketinggalan la nak mencuba. So aku pi kat sana dengan sorang kawan sekerja yang memang dah lama out station kat sana. Sampai je kat kedai tu terus la order Asam Pedas Ikan Merah untuk 2 orang. Ingatkan style Asam Pedas Muar dan Asam Pedas Melaka ni sama (Kat Melaka, asam pedas dia buat sorang seketul...cukup2 la untuk makan). Tapi kat Muar ni bila tgk ja ikan tu bila sampai..... boleh mencekik untuk 3-4 orang. Jenuh nak makan 2 orang.

Nah makan ni... agak2 boleh habis ka? Nasik dah tambah sepinggan
lagi tapi lauk tak habis2... termonyeh2 nak habiskan ikan sebesar ni 2 orang.
Tapi dia punya rasa mmg meletup la....

Lepas ni kalau ada masa turun ke sana lagi, mmg akan singgah lagi ke tempat ni. Mee Bandung Muar dan Asam Pedas Parit Jawa memang power. 4/5 bintang untuk kedua2 tu. Siapa orang Muar yang baca entry ni sila inform kedai Asam Pedas dan Mee Bandung yg best kat sana. Nak cuba lagi......


Saturday 24 December 2011

Sarapan pagi anak2 ku.....

Breakfast @ sarapan pagi adalah sangat penting especially untuk kita yg bekerja dan juga budak2 yg bersekolah. Itu bukan aku kata tapi dari apa yang aku selalu baca di internet dan juga media massa. Tapi ramai daripada kita yang selalu akan skip lunch kononnya takut gemuk. Tapi bila perut lapar dan asyik berbunyi je, boleh ke nak konsentrate buat kerja atau pun study.? Akhirnya pkl 10am dah tak tahan dan maybe ada yang akan kena gastrik.

Lapar punya pasal sebab tak breakfast... so during lunch time korang akan melantak kaw kaw punya. Tapi aku harap korang tak la melantak during lunch time sampai mcm gambar ni plak kononnya nak cover balik breakfast tu. Ada orang panggil brunch (breakfast + lunch)....

Nalla punya balun tak ingat dunia. Agak2 boleh habih
ke bang? Ni bukan takat jadi ulaq sawa... anaconda pun kalah bhai...

Aku sebenarnya nak citer ttg breakfast anak2 aku kat entry kali ni. Normally kalau Bakal Che'gu sedang bercuti, dia la yang akan buat breakfast untuk anak2. Normally dia akan masak samada nasi lemak, nasi, mee atau bihun goreng awal2 pagi untuk kami. Tapi memandangkan dia la ni jarang balik since sedang siapkan tesis dan prepare nak exam, so aku ni yang sangat keras tangan untuk memasak selalunya akan bawak kids breakfast kat kedai je. Anak2 aku ni kalau breakfast kat luar ni selalunya hanya suka makan 2 jenis makanan je... Tosei dan roti telur. Makanan lain langsung tak mau... Now dah addicted dengan Tosei. Kemana kuah kalau tak tumpah ke nasi kan.... Orang putih kata the apple doesn't fall far from its tree. Hahahaha.... Kalau dah mamu and mami ni tak ke mana la....
Danisha sedang menikmati Tosei kat Kedai Nasi 
Kandar... hari2 nak makan Tosei.... adehhhhh


Sebelum makan, mamu dan mami berposing sakan 
dulu... lip lap lip lapppppp anak mamu


Danish as usual.... Tosei dan Teh 'O' Suam
gelas besarrrrrrr punya.....

Ayah punya? Ni gambar cilok dari internet....
Ayah punya mesti double dari anak2.... hahahaha

Berbalik kita kepada kepentingan sarapan pulak.... ni antara yang aku penah baca kat internet baru2 ni. Maybe ada lagi kepentingan sarapan yang aku overlook. 
  1. Dapat memberi nutrisi @ zat pada otak, sesiapa yang mengambil sarapan yg baik menunjukkan prestasi dan tumpuan yang baik di pejabat dan juga di sekolah berbanding dengan yang tidak bersarapan.
  2. Boleh mengawal berat badan sebab jumlah makanan yang masuk secara sedikit2 sesuai untuk kegunaan tubuh badan dalam tempoh yg bersesuaian.... jangan buruk lantak mcm dalam gambar yang paling atas tu...

So jangan lupa breakfast lepas ni kalau nak jadi orang yg lebih bijak dan juga untuk kekalkan berat badan yang ideal....



Thursday 22 December 2011

Spontaneous Thursday #1



Holding on to anger is like grasping a hot coal with the intent of throwing it at someone else; you are the one who gets burned.

Sunday 18 December 2011

Old place dan manager

Apaaaa.... ni kali ke 5 tau dalm tempoh 4 tahunnnnn.... Huhuhu... Ikut je la. Apa boleh buat. Dah nama pun keja kan....


Sure korang tertanya-tanya apa lah agaknya yang 5 kali dalam tempoh 4 tahun tu kan.... Hehehehe..... sebenarnya dalam tempoh 4 tahun ni je aku dah berpindah working area sebanyak 5 kali. Banyak kan... kan kan kan..... Kalau la setiap kali pindah tempat dapat kenaikan gaji 5 ratus hengget.... perghhhh.... kayo pak cik... Tapi apa bleh buat... pindah working area hanya dapat meja baru ja.. apa pun tak bley....

Cuma yang bestnya setiap kali pindah, aku tetap dapat tempat yang sgt privacy. Sebelum ni working cubicle aku kat ground floor dan yang terbaru ni kat 1st floor. Tak naik gaji tapi dapat naik level je.... hahaha... jadi la kan..... Bosssss.... bila mau kasi naik gaji secara besar-besaran? Keja semua sudah setel as planned..... KPI tahun ni pun dah capai. Kalau boley nak la 50%.... hahaha... ko nak mampus 50%? 5% pun lom tentu.... (aku dah mula nyanyi lagu Berhenti Berharap)

Rasanya kalau nak bodek bos utk naik gaji besau2... aku kena start speaking French la since bos aku ni org Perancis.... Hahahaha.... Roti Perancis aku tau la.... cakap perancis sepatah haram I donno.... 

Bye my old trusted friend. Will be missing you....
Tempat yg sangat terbaik, untung la sapa dapat dok kat sini nnt.

 Hello mate, g'day.... This is my new working area....
Alololo.... bersihnya meja..... kehkehkeh

Lepas ni tatau kat mana plak nak pindah working area. Harap2 ni yang last la. Dah malas nak pindah randah. Tapi alang2 kalau nak pindah juga kasi la masuk terus kat bilik dibawah tu..... kehkehkeh....

Mimpi la ko Saleem.... jgn kata jadi manager.... ukiran
kayu tu pun jangan harap ko boleh dapat. Kalo ko nak.... ko bikin sendiri....

Ahhhh.... dari aku berangan mcm ni, baik aku tdo dulu.... boleh gak mimpi jadi CEO. Dah alang2 nak mimpi kan........


Saturday 17 December 2011

Hantu Kak Limah dan Danisha

Sekarang ni sangat banyak citer dan filem hantu yang dok tayang kat TV. Bila satu produksi buat satu2 genre filem dan untung besar, maka penerbit lain pun berlumba2 juga jump in the bandwagon. Macam tak dak idea lain. Dulu heboh citer hantu.... Hantu bonceng, hantu kak limah balik rumah, jangan pandang belakang, congkak dan mcm2 tajuk lagi la.... 


Sebelum ni sibuk dengan cerita rempit dan drift.... semua produksi pulun dok buat citer yang sama. Pelik sungguh aku dengan tahap pemikiran pembikin filem kat Malaysia ni. Masing2 macam tak dak idea originaliti masing2. Semua main tiru je. Lepas satu citer lumba, kluar lagi citer lumba dan rempit. La ni pulak sibuk dengan citer ala2 gangster. Serabut aku tengok. Bukan aku ni tak sokong produksi filem ni, tapi dah memang kenyataan... semuanya cliche dan stereotype. Sama je. BTW, aku mmg sgt lama x tgk citer Melayu kat cinema. Last sekali rasanya 7 tahun dulu temankan wife aku tgk wayang citer melayu tapi sedar2 je wife aku dah kejutkan aku bangun tdo.... kehkehkeh...


Tapi kali ni aku nak citer kesan citer hantu yg sangat banyak ni kat anak aku si Danisha. Dia ni memang sangat penakut, bunyi yang pelik2 kat luar rumah pun dah takut apatah lagi kalau dengar bunyi guruh yg kuat... lagi laju dia sorok kepala dia bawah bantal. Dan yang jadi tukang mengusik tu siapa lagi kalau bukan si Danish. Kaki propa nombor wahid dalam family aku.

Danish ni dari umur 4 tahun suka sangat melukis aka menconteng satu rumah. Habis dinding rumah aku ni jadi graffiti wall untuk dia buat training. Dia ni ada satu habit yg kadang2 buat aku naik angin, tapi at the same time buat aku tersengih bila tgk perangai dia. Dia ni kuat mengusik. Tiap kali dia mengusik Danisha, aku akan marah dia sbb aku tak mau dia mengusik mcm tu. Tapi dia ni ada idea yg lebih advance..... dia akan lukis gambar2 hantu kat dinding rumah especially kat dinding dan walkway nak ke dapur.

Ayat yang sangat popular bila Danish mengusik Danisha especially bila Danisha nak ke dapur atau masuk bilik.... "tuuu diaaaaa... hantu kak limahhh" so si Danisha ni pun apa lagi... lari sambil dok menjerit satu rumah. Tak leh nak kata apa dah since Danish ni kuat mengusik dan Danisha ni plak penakut. 

Tu kat dinding tu ada gambar hantu tapi x jelas sgt sbb guna 
camera phone cam itik serati....

Gambar yang sama, kalau nak tgk kena click gbr 
tu sbb tak jelas sangat.

Ni gambar hantu comel yang dia lukis kat dinding...

Sejak adanya gambar2 hantu tu kat dinding, si Danisha mmg takan p kat area situ sorang2. Kadang2 dia terlupa so dia akan p ke dapur, tapi Danish tak pernah lupa bak kata pepatah, pelanduk selalu lupakan jerat tetapi jerat tak pernah lupakan pelanduk.


Gambar di atas hanya hiasan... tapi mcm familiar je
muka Kak Limah ni... tapi dimana aku tgk ek... kehkehkeh

Anak jantan aku yang sorang ni mmg kuat daya imaginasi. Memang suka sangat conteng dinding dengan gambar2 yang hanya dia sorang yang tahu. One more thing dia suka sangat dengan kereta..... boleh dikatakan hampir 80% jenis kereta yang atas jalan dia tahu jenama dan model. 


Thursday 15 December 2011

Train Ride from Tanjung Malim to BM

Dah lama tak naik keretapi. Rasanya dah almost 18 years tak naik. Last sekali naik tren balik raya masa study di PUO tahun 1992. Lama gila wes..... So baru2 ni ada kesempatan untuk naik tren 2 kali, both fromTanjung Malim to Bukit Mertajam.

Tren ride yg pertama after all these years adalah lepas Raya Aidilfitri baru2 ni. Lepas balik dari beraya di Kelantan, my wife (who is still studying full time in UPSI) kena balik ke kampus since kelas akan start after raya. Masa tu dia nak bawa kereta ke Tanjung Malim tapi since I was reluctant to let her drive alone. So aku bawa kereta aku dan tinggalkan kereta aku di Stesen KTM BM. Lepas tu aku drive her car to TM. Sampai sana around 8++am and after our breakfast terus ke stesen KTM TM sbb tren aku balik BM around 1030am on the 18th Sept. 

Nak kata ada perbezaan yang ketara kat tren after 18 years equals to zero la. Cuma stesen KTM je nampak comey. Kalay nak ikutkan lokomotif dan juga gerabak mcm lama je. Takde yang baru. Aku punya seat kelas biasa je balik dr TM, hanya 29 hengget je. Nothing special. Sebelah aku mat saleh yang asyik leka dok baca novel dari notebook dia (aku agak je sbb nampak mcm novel). Hari tu plak seat penuh so tak dapat nak tukar seat.... (aku dah la big size, mat saleh big size... seat cinoni.... adehhhh).

After halfway baru la ada seat kosong kat depan since ada yg dah turun kat next stesen and harap sangat tak dak org naik plak lepas ni and take the seat... huhuhu.... Depa pasang DVD citer Harry Potter..... tak sempat habis citer, depa dah stop.... lagi la boring. Adehhhh.... Cuma yg buat aku teruja tiap kali tren ride since I was young adalah Tasik Raban dekat area Bukit Merah.... Splendid gila kawasan tu....

Semua gambar aku snap guna HP je... orang semekin makan semekut naik semekat tido semejid mcm aku ni tak mampu nak beli DSLR... hahaha...


Ni Aku snap masa tren singgah kat Parit Buntar

Pemandangan kat Tasik Raban

This area is awesome... kalau guna DSLR dan juga diambil
oleh pro mesti lagi power gambar kat area ni....

The end of Tasik Raban.... area ni dah ada kampung....
Untung orang kampung sini sbb kawasan yg sangat nyaman dan tenang

Aku punya 2nd tren ride masa tu lepas Raya Haji. Sebelum Raya Haji, wife aku balik driving alone dari TM ke BM tapi bila nak balik sana, as usual aku yang akan drive dia balik ke sana sbb risaukan heavy traffic dari Utara ke Selatan yg berlaku everytime lepas cuti yang panjang. But this time Danish ikut sekali gi sana. Danisha dan Darwisy tinggal dengan Mama (they called their babysitter as mama)

So 12 November baru ni, as usual akan tinggal kete aku kat Stesen KTM BM dan drive my wife's car to TM. But this time around, aku punya tren pkl 4pm. So akan tiba ke BM around 9pm. Kali ni aku amik tiket kelas pertama, so akan selesa skit kalau Danish nak tdo (rupanya dia tak tdo langsung sepanjang perjalanan). Dia asyik tanya itu dan ini.... sampai dia leh kenal dua org pakcik dan makcik kat depan seat aku duduk ni. Sbb dia suka sembang n tanya itu ini.... kenyang Danish dapat makan, air n cokelat. hahaha..... bila nak turun tren siap salam n cium tangan lagi.... Kelas ko Danish...

Danish yg kesejukan... dia ni mmg tak tahan sejuk...
kalau sejuk mula la nak menggeletar....

Ini roti Ahmad Albab yang punya... roti courtesy
of KTM (only provided for 1st class passenger)


Berenti agak lama kat Stesen KTM Ipoh.. Time ni
Danish mula membuat lawatan YB ke setiap seat. Aku malu nak
snap photos... hahahaha


Lepas penat membuat lawatan mencari undi sbb PRU13
dah tak lama. Bakal YB terpaksa mengisi tangki yg kosong.

Dalam tempoh 5 jam lebih dalam tren, Danish ni lebih dari 10 kali ulang alik gi toilet. Tiap kali patah balik dr toilet dia akan singgah kat kantin since toilet gerabak 1st class rosak, kena la gi gerabak lagi satu yg kena cross kantin... Asyik nak makannnn ja keja dia. Apa leh buat... layan je la....

Yang paling tak tahan.... dua kali dia memerut. Ades.... ngan aku sekali kena ikut masuk dlm jamban ketapi tu... Korang tahu la jamban ketapi mcm mana kan... kecik dan sempit. Naya wesssss amik bau berak anak... nak kena tolong cuci lagi... mana tahannnnnnn.....

Gambar Danish sedang memerut tak dapat ditunjukkan
atas sebab2 keselamatan.... Gambar diatas hanya sebagai hiasan....

Panjang pulak entry aku kali ni... sepanjang tren yang aku naik dan juga sepanjang masa Danish dok berkawad satu gerabak tu... siap buat ala2 YB yg tengah mencari pengundi2 baru... tersengih sana sini... Mana tahu kot2 besar nanti boleh jadi YB kan... melentur buluh biarlah dari rebungnya.... hahahaha





Sunday 11 December 2011

Just for laugh.... Hahahaha

Jumpa link ni kat youtube tadi. Mmg kelakar tgk especially yg pakai blue protective gear tu. Siap buat back kick. So damn cute. Hahahaha....




Danish dan Lembu

Hurmmmmm..... cuti sekolah datang lagi.... actually dah almost 1/3 cuti sekolah dah berlalu dan aku baru teringat nak buat entry tentang ni. Tiba2 je teringat tadi bila aku tengok lembu kat tepi jalan. Actually citer ni ada kena mengena dengan Danish dan lembu.

Masa Danish umur 4 tahun which is last year (2010), aku dengan wife aku bagi tahu Danish yang dia dah kena start masuk sekolah tadika since umur dah 5 tahun. Tapi dia asyik refuse dan kata "Abang tak mau pi sekolah".... dia asyik dok ulang benda yang sama je. Sampai la satu hari tu aku naik angin dan aku kata "kalau abang tak mau pi sekolah, nanti ayah beli lembu dan suruh abang jaga lembu.... nak tak??". Terus dia diam. Aku ingat dia takut la.... so aku pun rasa lega skit sbb Danish ni once kalau dia kata A, benda tu dah tak boleh jadi B. Dia ni sgt firm on the decision yg dia dah kata selalunya.

The next day while I was talking with my wife and later we mentioned abt Danish's schooling and suddenly he start crying. Aku dengan wife aku heran la jugak tetiba ja dia melalak, so my wife tanya la dia sebab apa..... Korang tahu tak apa jawapan dia??? 

"Abang tak mau p sekolah, abang nak bela lembu"

Ni gambar Danisha dan lembu masa nak buat korban 
kat kampung di Kelantan baru2 ni. Korban lembu dan bukannya Danisha

Aku masa tu rasa macam nak kena stroke.... wife aku pun tersengih tak leh nak kata apa dah time tu.... cuma dok pujuk Danish sbb dia dah start dok menangis kuat2 sambil dok sebut nak bela lembu. Kalau anak2 korang buat mcm tu apa la perasan korang kan.... hahahaha.... 

Tapi nasib baik la.... bila sampai time nak kena ke sekolah tu, dia ok ja dan tak dak pulak nak melalak dalam kelas kata nak bela lembu.... hehehe. 

Ni Danish masa sekolah Tadika Kemas dari Januari ~ May 11
Lepas tu tukar ke tadika lain pulak.

Masa di Tadika Kemas dari Januari hingga May 2011, Danish dan Danisha stay kat umah kakak aku di Kepala Batas everyday dari monday to friday. Danish masuk Tadika Kemas yang dekat dengan umah kakak aku. Just balik stay ngan aku during weekend je. Darwisy stay dengan baby sitter dekat ngan umah aku. Tapi start from June 2011 until now, Danish n Danisha balik dok ngan aku atas faktor jarak dan masa. Kesian kat depa sbb selalu kena tinggal jauh dari mak dan ayah. Dah la mak pun dok jauh nun kat Tanjung Malim..... ayah pun jarang2 jumpa, tambah2 kalau ayah kena out-station. Budak2 ni kena jaga dari segi psikologi dan perasaan, nampak je budak2 kan?? Tapi cara pemikiran depa kadang2 melangkaui cara pemikiran kita.

Danish dok menari dan menyanyi lagu enjit2 semut
masa hari Konvokesyen Tadika Lagenda

Danish dengan fesyen ala2 Sarip Dol samseng 
Kampung Dusun... hahahaha

Dok bergelek sakan masa dok buat persembahan
sebelum terima sijil tamat sekolah.

Sedang menerima sijil tamat sekolah (umur 5 tahun) dari
salah seorang waris pelajar.

Tak sangka aku yang anak aku now dah besaq. Rasa macam dia ni baru lagi lahir tapi pejam celik pejam celik, dah pun 5 tahun. Next year akan masuk pre-school pulak. Alhamdulillah, walaupun Danish dulu yang nak bela sangat lembu tapi dia sangat rajin buat kerja sekolah. Lepas sampai umah dari sekolah, dia akan lorat untuk buat siap2 keja sekolah. Kadang2 sampai x sempat nak makan. Aku harap dia akan jadi seorang pelajar yg cemerlang, gemilang dan terbilang satu hari nanti.

Lepas ni akan tiba pulak giliran Danisha Sorfeena. Tapi
nak bagi dia peluang setahun lagi utk lepak2 kat umah.


Friday 9 December 2011

Jalan-jalan cari makan

Foods. Yup foods. Makanan memang selalu mengujakan aku. Aku suka makan, dan aku adalah manusia yang jenis tak kisah nak mencuba segala jenis makanan yang ada kat depan mata aku. Selalunya bila wife aku balik bercuti, kami sekeluarga akan kluar ke mana2 untuk makan. Bukan pi tempat yang grand dan glamour sgt pun. Im not the kind of guy yang suka ke tempat2 yang posh dan extraordinary. Janji tempat tu selesa, bersih dan sedap, for sure aku akan pi sana. Tambah2 kalau harga tu tak mahal sangat.

Korang pernah dengar satu tempat makan yang bernama Puncak Mutiara Cafe di Kampung Pelet, Bukit Mertajam. Tempat ni pernah masuk dalam JJCM. Tempat ni mmg best since dia agak jauh dari jalan besar, so tak de la dengar bunyi bising2 dan juga tempat makan ala2 dlm hutan dan dusun. Aku kalau gi sana for sure akan makan beriani peha kambing (yaaaaa... peha kambing bukan peha rozita che wan ye....). Terbaik wooookkkkk.

Gambar2 yang aku letak kat bawah ni aku snap setahun yg lalu masa wife aku tgh sarat mengandung anak ke 3. Masa tu kandungan dalam 8 bulan tak salah aku. Aku, wife and the two D's (masa ni masih 2 D) gi makan kat sana. Aku mmg suka gi sana once a while bila the crave utk makan lauk kambing... (aku ni bukan suka sgt kambing sbb berbau). Tapi kat sini, masakan dia langsung x de bau. Tu yg buat aku selalu ulang makan benda yang sama je....

Tgk la gambar2 kat bawah ni.... Oh ya, aku ni tak dak kena mengena dengan tuan punya kedai dan jugak tak dapat komisen apa pun. Just nak share ngan korang semua selera ikut citarasa anak tekak dan juga cacing2 dalam perut aku ni.....

 Suasana di cafe tersebut. Ada kolam ikan, dusun durian, rambutan 
dan macam2 lagi le. Memang sesuai nak lepak sambil makan2.


 
Ni kat dalam kawasan cafe. Sebelah kiri tu adalah pergola @ pangkin
kecik untuk pengunjung2 cafe....


 
 View kolam ikan dan juga kebun kat area cafe


 Ni yang Muhammad Danish punya. Chicken chop je. Normal je...
Takdak yang special cuma ayam dia mmg fresh sgt, macam depa baru ja sembelih


  
Danisha Sorfeena punya. Pun biasa je... Wife aku buat sedap lagi.
Bukan nak bodek tapi kenyataan. Hehehehe
 

  
Ni yang wife aku order. Nasi Goreng Arnab. Aku mmg tak makan since
arnab ni buat aku teringat kat meeoowwwwwwwww....... Tapi wife aku kata sedap. 
 

 And this is yours truly punya dish. Nasi Beriani Peha Kambing. Pinggan dia ni
kecik skit ja dari talam. So boleh makan 2 orang ni. Mmg x abis makan sorang. Daging
kambing sgt juicy, tender dan fresh. And the best part is.... tak de bau. Oh ya, kat sini 
bekalan kambing fresh dari reban kembing diorang... aku lupa nak snap pic reban
kambing....



 Ikan dalam ni korang tak leh makan tau. Korang je kena kasi makan since
cafe ni ada jual makanan ikan utk ikan2 dalam kolam dia.


Burung apa? Burung Untaaaaa, Burung apa? Burung Untaaaaa
Burung apa?? Burung la, Unta......
 
Ni terbaik untuk hilangkan dahaga lepas penat dok sebut nama
burung tu tadi. Ni Lai Chi Kang.... Bukan Taichi ataupun orang
yang jalan kengkang....


So sesiapa yang nak try makan kat sini boleh lawat disini Sure hampa semua bosankan dengan entry aku ni.... Aku pun boring gak ni... nak masuk tdo dulu.... Kids pun dah lena. Citer kat tv pun semua lemau je..... better buat taik mata. Chowwwww.







Tuesday 6 December 2011

Twitter, Tweeter dan Cinta Elysa

Dulu zaman FB..... semua orang ada FB, so aku pun tak ketinggalan juga buat akaun FB. Masa mula2 buat akaun FB ni mmg teruja amat sangat. Dalam sehari ada lebih dari 5 status hapdate. Tapi makin lama makin lemau pulak aku rasa dengan FB ni. Aku rasa FB ni dah macam tepu, there is nothing much to do and explore. So aku pun try benda lain.

Now aku dah ada blog sendiri... dulu aku selalu gak baca blog orang lain, alah blogger selalu guna word blogwalking tu la... hehehe.. Aku ni ikut je la apa yg korang guna. Nak gak rasa sence of belonging to some culture kan. So here it is... I have my own blog. Tapi bila tgk blog orang lain, semua ada link dengan benda alah yang logo burung biru tu. Amende ek? So aku pun click.... ooooooo ni la yang nama twitter tu. Kuno sangat ke aku ni? Hahahaha... Tak de la kuno mana pun. Dah ada akaun burung biru ni dah lama dah. Rasanya almost a year tapi x pnh guna. Cuma lepas ada blog sendiri ni rasa mcm nak link sekali blog, FB dan juga twitter. Baru la moden ye tak... Keh keh keh

Aku dah lama dok tengok dan dengar orang sembang tentang twitter ataupun tweeter?? Hari2 orang dok sembang tentang benda alah ni. Kalau tak guna menatang ni adakah aku tergolong dalam golongan orang2 kuno yang hidup di zaman neolitik ataupun paleolitik? So kalau yang dah ada akaun twitter ni, memang termasuk dalam golongan yang savvy dan chic ke? Kalau macam tu, aku pun nak join in the bandwagon la. Tak nak la aku dok dengan geng paleolitik. Tapi reti ke aku nak guna menatang ni? Hentam je la labu..... janji ada link....

Ini adalah TWEETER yang korang pasang sekali dengan
player kat dalam kereta korang tu yang bunyi kaching kaching tu

Ini pulak adalah burung biru yang comel @TWITTER tu.... 
Aku tak reti nak guna. Siapa tahu guna, sila beri tunjuk ajar. Link kat sebelah ===>


Tapi aku bukan nak citer sangat pun tentang burung biru ni.... Saja nak fill in the blank masa lapang aku je...

Dalam time dok type entry ni, kat TV3 ada plak citer Cinta Elysa. And the best part is, tetiba je anak aku si Danisha tu kata "Kakak jadi Elysa, abang Danish jadi Aril". Haddoi..... kecik2 pandai dah layan citer cinta kat TV. Siap nyanyi lagu tema lagi tu.... tak padan ngan umur yang baru 3 tahun lebih tu. Yang si abang tu pun siap kata yg pakai spek tu jahat, mak depa pun jahat. Adoi la.... ni la penangan Johan dan Fasha kat TV3 kali ni. Now depa dok melangut depan TV dok layan Cinta Elysa. 

Anak aku dok berangan jadi Elysa dan Aril. Adeh deh deh....

Warna baju dah serupa tu... har har har


Si kecik @ Darwisy macam biasa... lepas isi tanki 9 ounces terus terbongkang dah depan TV. Langsung tak layan dah abang n kakak dok bising tepi telinga dia. Time ni kalau dia lena, for sure akan lena terus sampai ke pagi esok. So esok akan start routine as usual, lepas aku siap nak gi keja, aku akan hantar Danish, Danisha dan Darwisy kat mama (my kids called their babysitter as mama). Lepas balik keje, baru fetch budak2 tu pulak. Weekend je kids akan stay ngan aku full time.

Tenang je dia lena.....

Hmmmm..... membebel mcm2 plak aku mlm ni. Actually tak dak modal apa pun... just nak merapu2 sambil layan anak2 aku tgk TV3 malam ni... Hehehehe....




Moral of the story : Twitter itu free tapi tweeter kena beli dan jahat selalunya akan kalah... hahahaha




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...