Saturday 24 December 2011

Sarapan pagi anak2 ku.....

Breakfast @ sarapan pagi adalah sangat penting especially untuk kita yg bekerja dan juga budak2 yg bersekolah. Itu bukan aku kata tapi dari apa yang aku selalu baca di internet dan juga media massa. Tapi ramai daripada kita yang selalu akan skip lunch kononnya takut gemuk. Tapi bila perut lapar dan asyik berbunyi je, boleh ke nak konsentrate buat kerja atau pun study.? Akhirnya pkl 10am dah tak tahan dan maybe ada yang akan kena gastrik.

Lapar punya pasal sebab tak breakfast... so during lunch time korang akan melantak kaw kaw punya. Tapi aku harap korang tak la melantak during lunch time sampai mcm gambar ni plak kononnya nak cover balik breakfast tu. Ada orang panggil brunch (breakfast + lunch)....

Nalla punya balun tak ingat dunia. Agak2 boleh habih
ke bang? Ni bukan takat jadi ulaq sawa... anaconda pun kalah bhai...

Aku sebenarnya nak citer ttg breakfast anak2 aku kat entry kali ni. Normally kalau Bakal Che'gu sedang bercuti, dia la yang akan buat breakfast untuk anak2. Normally dia akan masak samada nasi lemak, nasi, mee atau bihun goreng awal2 pagi untuk kami. Tapi memandangkan dia la ni jarang balik since sedang siapkan tesis dan prepare nak exam, so aku ni yang sangat keras tangan untuk memasak selalunya akan bawak kids breakfast kat kedai je. Anak2 aku ni kalau breakfast kat luar ni selalunya hanya suka makan 2 jenis makanan je... Tosei dan roti telur. Makanan lain langsung tak mau... Now dah addicted dengan Tosei. Kemana kuah kalau tak tumpah ke nasi kan.... Orang putih kata the apple doesn't fall far from its tree. Hahahaha.... Kalau dah mamu and mami ni tak ke mana la....
Danisha sedang menikmati Tosei kat Kedai Nasi 
Kandar... hari2 nak makan Tosei.... adehhhhh


Sebelum makan, mamu dan mami berposing sakan 
dulu... lip lap lip lapppppp anak mamu


Danish as usual.... Tosei dan Teh 'O' Suam
gelas besarrrrrrr punya.....

Ayah punya? Ni gambar cilok dari internet....
Ayah punya mesti double dari anak2.... hahahaha

Berbalik kita kepada kepentingan sarapan pulak.... ni antara yang aku penah baca kat internet baru2 ni. Maybe ada lagi kepentingan sarapan yang aku overlook. 
  1. Dapat memberi nutrisi @ zat pada otak, sesiapa yang mengambil sarapan yg baik menunjukkan prestasi dan tumpuan yang baik di pejabat dan juga di sekolah berbanding dengan yang tidak bersarapan.
  2. Boleh mengawal berat badan sebab jumlah makanan yang masuk secara sedikit2 sesuai untuk kegunaan tubuh badan dalam tempoh yg bersesuaian.... jangan buruk lantak mcm dalam gambar yang paling atas tu...

So jangan lupa breakfast lepas ni kalau nak jadi orang yg lebih bijak dan juga untuk kekalkan berat badan yang ideal....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...