Tuesday 7 February 2012

Lepak with family at R&R Bagan Ajam

Assalamualaikum.......

Last few weeks aku dengan family ingat nak p makan kat Yong Tau Foo Bagan Ajam yang famous tu... tapi since tgk sangat pack dengan manusia, aku pun cancel nak makan situ... so kami terus gi lepak kejap kat R&R Bagan Ajam yang dahulunya terkenal dengan nama Pantai Bersih. 

Dulunya sebelum dibangunkan Penang Port dan juga BORR (Butterworth Outer Ring Road).... kat sini dinamakan Pantai Bersih..... ada jalan kecik je nak masuk kesini. Sini memang heaven juga la kalau nak cari makanan... ala2 Padang Kota dan juga Gurney Drive dengan hawker yang akan datang menjaja kat Pantai Bersih ni....

Kat sini dulu memang terkenal dengan Rojak Tonggek dan juga pelbagai makanan oleh penjaja kat sini. Tapi la ni dah tak dak dah... kawasan ni dah ada R&R since dah ada jalan ala2 highway. Nak masuk kena bayar toll RM1.20 dan nak keluar kena RM1.20 lagi. Hawker dah tak dak dan digantikan dengan gerai2 makan ala2 highway PLUS.

Hampa tau dak apa tu rojak tonggek? Bunyi pelik ja kan... hahaha... Bukan makan rojak punggung ya kawan2 tapi rojak ni nama rojak tonggek sebab bila nak makan kena la tonggek. Sebabnya? Kalau nak tau sebab sila tengok gambar2 ihsan Incik Google kat bawah tu......

Tak percaya? Haaaaaaa.. tgk tu gerai tu letak nama Rojak Tonggek 
kat gerai dia.... sapa yg tak tonggek tak blh makan... hahaha

Menu Rojak Ronggek ni simple. Guna lidi satay pastu cucuk la
buah2an yg dipotong... ada nenas, jambu, timun etc... ada juga yang
letak fish cake, fish ball etc...

Ni kuah dia... selalu ada dua jenis kuah... pedas dan tak pedas...
Cecah je rojak tu dlm mangkuk besar ni dan ngap.... lepas abis
makan baru bayar... jgn lupa kira berapa lidi tu... satu cucuk dlm RM0.50 - RM1.00 kot.

Tonggek lagi bang... kasi lagi lentik bang.... baru sempoi....
Kalau tak cukup tonggek nanti kuah meleleh kena baju dan kasut pulak....
ni kalau J.Lo atau Ziana Zain nengok mau menangis ni....

Aku ni dah tersasar dari tujuan utama entry aku kali ni... terlebih syok plak dok citer bab rojak tonggek... hehehehe... Aku just p kat R&R tu nak lepak2 jak je ngan family aku... Dan yang paling excited kalau nampak air sungai atau laut adalah si Danish la... sapa lagi kan... Danisha tu kira follow ja abang dia. Dia ni penakut skit. Darwisy ni mcm biasa la untuk baby 1-1/2 tahun... suka nak explore new things... Tapi kalau tak pegang, mau dia gi terjun dalam laut tu....

Cantik kan suasana kat sini.... Bangunan belah kiri gambar
adalah kawasan Tanjung Tokong menghala ke Batu Feringghi

Danish excited sebab ingat boleh mandi laut padahal
tak boleh pun since tak prepare n bawa baju extra..... kempunan dia

Danish tak puas hati sebab tak boleh mandi....
tengok la gaya dok cekak pinggang tu... hahahaha

 My beloved family.... my love, my heart and my soul

Kebetulan terjumpa my neighbour Pak Rashid & his family kat situ...
Tu si Danish dah siap sintin' sluar sampai atas punya nak main air.
Danish, Danisha dan Hafiz.....

Matahari kian terbenam di belakang Bukit Bendera...

Time to go back and have our dinner.....

Nama Pantai Bersih hanya tinggal kenangan.... dah cuba google gambar2 Pantai Bersih sebelum adanya BORR.... tapi hampa... so tak dapat la nak tunjuk suasana Pantai Bersih 20 tahun dulu..... Dulu Pantai Bersih ni ada banyak pokok rhu dan juga tempat orang melepak dan skodeng ke Tanjung.... Now dah jauh berbeza..... semua tinggal memori dalam fikiran ja.... nak tgk gambar pun tak dak... huhuhu


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...