Thursday, 9 February 2012

Spontaneous Thursday #6


Heavy hearts, like heavy clouds in the sky, are best relieved by letting off a little water.

Tuesday, 7 February 2012

Makan petang dengan 3 D

Assalamualaikum.......

Dah lama aku tak buat entry... sibuk skit dengan keja, cuti dan juga jaga budak2 3 beradik tu. Hari ni rasa free skit tu yang buat entry simple2 ja.... As usual, tiap kali aku cuti aku akan bawa budak2 tu makan kat luar since aku sangat la terer masak.... masak ayaq n masak megi. Hahaha... Dan selalunya kedai yang kami nak pi makan akan ditentukan oleh Danish. Kalau tak, dia tak mau makan... memang banyak akai budak ni. Kemarin dia kata nak makan roti teloq kat kedai mamak.... so kena ikut la selera dia.....

Depa 3 beradik makan roti teloq... dan menu aku pulak makan mee goreng mamak... ermmmm... sedap jugak mee goreng kedai ni. Boleh tahan la....

Danisha with Teh O Suam. Anak2 aku semua aku ajar
 minum minuman suam/panas.... sesekali ja bagi air ais.

Danish pulak kali ni nak minum milo suam...

Comey dak? Danisha ni memang turun aku yang
boleh buat mata juling.... hehehehe.. rambut baru trim tu

Adik baru lepas potong rambut pendek. Nampak
muka nakal mcm geng shaolin soccer

Danish tayang gigi dia yang dah tak dak tu....

Tu lah rutin harian aku kalau aku cuti... bawa anak2 kluar ronda2 kot taman, pastu lepak kedai makan... layan depa makan dan ikut ja selera depa nak makan apa. Janji depa makan especially si Danisha tu..... payah sungguh nak makan. Makan sekeping roti pun kadang dekat 5 minit baru habih..... tu pun macam dok kunyah batu.... punya lama....

video
Jom layan sat video 3 beradik ni....

Lepak with family at R&R Bagan Ajam

Assalamualaikum.......

Last few weeks aku dengan family ingat nak p makan kat Yong Tau Foo Bagan Ajam yang famous tu... tapi since tgk sangat pack dengan manusia, aku pun cancel nak makan situ... so kami terus gi lepak kejap kat R&R Bagan Ajam yang dahulunya terkenal dengan nama Pantai Bersih. 

Dulunya sebelum dibangunkan Penang Port dan juga BORR (Butterworth Outer Ring Road).... kat sini dinamakan Pantai Bersih..... ada jalan kecik je nak masuk kesini. Sini memang heaven juga la kalau nak cari makanan... ala2 Padang Kota dan juga Gurney Drive dengan hawker yang akan datang menjaja kat Pantai Bersih ni....

Kat sini dulu memang terkenal dengan Rojak Tonggek dan juga pelbagai makanan oleh penjaja kat sini. Tapi la ni dah tak dak dah... kawasan ni dah ada R&R since dah ada jalan ala2 highway. Nak masuk kena bayar toll RM1.20 dan nak keluar kena RM1.20 lagi. Hawker dah tak dak dan digantikan dengan gerai2 makan ala2 highway PLUS.

Hampa tau dak apa tu rojak tonggek? Bunyi pelik ja kan... hahaha... Bukan makan rojak punggung ya kawan2 tapi rojak ni nama rojak tonggek sebab bila nak makan kena la tonggek. Sebabnya? Kalau nak tau sebab sila tengok gambar2 ihsan Incik Google kat bawah tu......

Tak percaya? Haaaaaaa.. tgk tu gerai tu letak nama Rojak Tonggek 
kat gerai dia.... sapa yg tak tonggek tak blh makan... hahaha

Menu Rojak Ronggek ni simple. Guna lidi satay pastu cucuk la
buah2an yg dipotong... ada nenas, jambu, timun etc... ada juga yang
letak fish cake, fish ball etc...

Ni kuah dia... selalu ada dua jenis kuah... pedas dan tak pedas...
Cecah je rojak tu dlm mangkuk besar ni dan ngap.... lepas abis
makan baru bayar... jgn lupa kira berapa lidi tu... satu cucuk dlm RM0.50 - RM1.00 kot.

Tonggek lagi bang... kasi lagi lentik bang.... baru sempoi....
Kalau tak cukup tonggek nanti kuah meleleh kena baju dan kasut pulak....
ni kalau J.Lo atau Ziana Zain nengok mau menangis ni....

Aku ni dah tersasar dari tujuan utama entry aku kali ni... terlebih syok plak dok citer bab rojak tonggek... hehehehe... Aku just p kat R&R tu nak lepak2 jak je ngan family aku... Dan yang paling excited kalau nampak air sungai atau laut adalah si Danish la... sapa lagi kan... Danisha tu kira follow ja abang dia. Dia ni penakut skit. Darwisy ni mcm biasa la untuk baby 1-1/2 tahun... suka nak explore new things... Tapi kalau tak pegang, mau dia gi terjun dalam laut tu....

Cantik kan suasana kat sini.... Bangunan belah kiri gambar
adalah kawasan Tanjung Tokong menghala ke Batu Feringghi

Danish excited sebab ingat boleh mandi laut padahal
tak boleh pun since tak prepare n bawa baju extra..... kempunan dia

Danish tak puas hati sebab tak boleh mandi....
tengok la gaya dok cekak pinggang tu... hahahaha

 My beloved family.... my love, my heart and my soul

Kebetulan terjumpa my neighbour Pak Rashid & his family kat situ...
Tu si Danish dah siap sintin' sluar sampai atas punya nak main air.
Danish, Danisha dan Hafiz.....

Matahari kian terbenam di belakang Bukit Bendera...

Time to go back and have our dinner.....

Nama Pantai Bersih hanya tinggal kenangan.... dah cuba google gambar2 Pantai Bersih sebelum adanya BORR.... tapi hampa... so tak dapat la nak tunjuk suasana Pantai Bersih 20 tahun dulu..... Dulu Pantai Bersih ni ada banyak pokok rhu dan juga tempat orang melepak dan skodeng ke Tanjung.... Now dah jauh berbeza..... semua tinggal memori dalam fikiran ja.... nak tgk gambar pun tak dak... huhuhu


Thursday, 2 February 2012

Tiga-D merempit

Assalamualaikum......

Tiga beradik ni agaknya memang jenis minat jenis kenderaan bermotor agaknya.... Kalau si Danish dan Darwisy ni aku tak kisah la sangat since depa ni boy.... tapi si Danisha ni... hehehe... Dulu pernah 2-3 kali beli anak patung dan juga teddy bear... tak lama mana pun dia main. Alih2 dok main kereta dan motor mainan si abang dia juga.

Baru2 ni mak depa kluarkan motor yg guna bateri ni dari dalam stor..... lama dah simpan since rosak... rasanya bateri rosak kot..... bila charge pun still tak de power. So just boleh naik n godeh2 macam tu ja la.... Tengok la aksi depa kat bawah tu... memang lawak.... merempit sungguh tiga beradik ni......

Dah macam iklan Grand Livina plak aku tengok

Seperti biasa... Danish akan buat muka nakal. si kakak
buat muka comey...... Darwisy juga yang kontrol hensem

Vroommm vrommmmm........ cepat la abang....
adik nak merempit dah ni.....

Sila abaikan lukisan abstrak kat dinding
dibelakang Tiga-D tu... tu wall paper versi terkini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...