Wednesday, 30 November 2011

Seorang uncle yang cool.... safety beb....

Tadi dok godeh2 memory card hp cap kambeng aku tu dan terjumpa la satu gambar candid yang sempat aku snap. Gambar ni kalau tak salah aku snap last year. Masa tu aku otw ke site office dari Kulim ke Sungai Bakap ikut jalan Junjung. Anyway uncle, I salute you.  Safety First. 



La ni selalu kita tengok budak2 rempit naik moto tak pakai helmet. Tak tau la samada depa tu jenis yg kepala keras atau keras kepala. Maybe ada batu besar juga ada atas kepala duduk... kehkehkeh.

Naik moto dah la laju, selit sana sini tak kira orang lain dah macam jalan ni depa saja yg bayaq road tax.... ntah2 lesen and road tax pun tak dak. Tapi mengebat mengalahkan Valentino Rossi. Haish... apa pun tak boleh. 


p/s : Safety starts with but begins with U..... 

Bawal Goreng Pokok Sawit Juru

Nak citer sikit tentang bawal goreng ni..... Tempat aku keja mmg dekat sangat dengan kedai bawal goreng ni. Sesiapa orang Penang especially kawasan Province Wellesley yang tak tahu kedai ni mmg nalla punya parpu la. 

Kedai dia ni dok dalam kebun sawit. Tapi tiap2 hari waktu lunch... nah haiiiii..... meremut manusia dok mai makan termasuk la aku dgn kawan2 aku. Masakan dia simple saja. Menu ala2 masakan kampung tapi yang jadi hebat sangat tu pasai bawal goreng dia tu. 

Bawal goreng garing2 pastu mandikan bawal tu dengan sos kicap buatan sendiri..... Kuah gulai ikan pari atau sembilang mau taruh sampai banjir pastu letak skit sambal belacan. Berpeluh beb... mmg tak sedaq habaq pun sapa mai dok kot belakang. (pakcik... takan tadak makan free kot... ni baik punya dok promote dah ni...)

Harap maaf kualiti gambar kurang meyelerakan, 
sbb guna camera phone cap kambing je

Seminggu sekali leh la pi pekena kat situ.... kalau hari2 pi makan situ ka.... tokay BARB pun tinggai kandang saja... har har har....

First day of blogging

Assalamualaikum.....


Selalunya aku hanya sleepwalking blogwalking je. Aku suka membaca blog orang lain dan kadang2 aku terasa seperti dapat menghayati apa yang diceritakan di dalam blog-blog tersebut. Tak kisah la blog apa pun... kehidupan, personal, makanan, politik dan juga tentang dunia....

Cuma hari ni rasa terpanggil untuk membuat blog aku sendiri. Sebelum berlari, harus bermula dengan merangkak dahulu. 

Aku adalah suami kepada seorang isteri yang masih lagi menuntut di sebuah IPTA yang bakal menamatkan pengajiannya pada pertengahan tahun depan, InsyaAllah. Kami mempunyai 3 orang cahaya mata yang masih lagi kecil iaitu yang kami panggil 3D.. (bukan 4D ye... itu kuda toto dan magnum)... Danish, Danisha dan Darwisy....


Muhammad Danish, Danisha Sorfeena &
Muhammad Darwisy



Kehidupan aku seharian hanya berkisar kepada kerja dan keluarga. Tiap pagi hantar anak2 kepada baby sitter sebelum keluar bekerja dan petangnya selepas kerja akan ambil anak2 dari baby sitter. Ini dah menjadi rutin sejak 3 tahun lepas apabila wife aku dapat menyambung pengajian secara full time. Its not an easy job to care for 3 little kids who are always fighting and bickering between them... (hambek kau... aku skipping london ni...)

Wife hanya akan balik once or twice a month since dia agak busy ngan study, class dan jugak assignment dia. Aku pun selalu out-station ke Johor, Melaka dan KL. Oh ya... Lupa nak habaq mai... Aku ni anak jati Penang dan wife aku plak dari Kelantan.... nah haiiii aku cakap utara plak.... Tak pa la kot no?? Kita campuq2 bahasa skit baru la boleh dikatakan 1 Malaysia

Oh ya... sorry ek sebab aku banyak guna bahasa pasar dan jugak campuran antara bahasa penjajah dan jugak bahasa utara dan Kelantan.... Semakin banyak bahasa semakin syok pulak nak baca kan? Tak la skema sangat dan ala2 propesor mak dia.... kan kan kan kan

Start dari hari ni aku akan start ber-blogging at least once a week. Best jugak rasanya bila ada blog ni rupanya.... kehkehkeh.... Rasa mcm ada umphhhh je....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...