Sunday 25 December 2011

Mee Bandung Muar dan Asam Pedas Parit Jawa

Keje aku sebagai Safety Rep untuk company aku keje ni memungkinkan untuk aku selalu travel ke Johor, Melaka dan KL. Bila dah ke tempat2 macam tu, banyak la pengalaman dan pelajaran yang dapat aku ceritakan. Bulan Oktober lepas, aku travel ke Melaka dan Muar atas urusan safety yang harus dibereskan di dua buah cawangan company aku keje. Aku ni mmg suka makan dan akan try apa saja makanan yang orang kata sedap dan "must try". So kalau dah sampai ke Muar tapi tak try Mee Bandung dan Asam Pedas mmg tak patut la kan...

First day aku sampai ke Muar masa tu hujan lebat dan perut mmg tengah lapar gila selepas drive almost 6 jam dari Penang ke Muar. Aku pulak kalau driving, mmg takan makan langsung since aku akan cepat mengantuk kalau aku makan masa traveling. Aku just minum air dan snack je during that time. So bila sampai Muar dlm pkl 5pm, cacing2 dalam perut dah meronta meminta di beri makanan. Mungkin dah ada cacing yang dah koma akibat kekurangan karbohidrat. So aku just ikut gerak hati je singgah mana2 kedai yang aku rasa boleh mencekik.

Sebelum sampai je Jambatan Muar tu, ada satu kedai Mee Bandung di bangunan yang bersebelahan dengan Stesen Minyak Petronas. So aku singgah situ, terus pesan sepinggan Mee Bandung Muar dan Teh O panas. Memang tak salah tangan yang pusing stering kereta. Mee Bandung Kedai tu mmg sedap. Tak pernah lagi makan Mee Bandung tapi rasanya mmg out of this world la. Lepas abis makan, order lagi sebungkus nak bawa ke hotel (hotel pun belum cari lagi at that time). Lepas makan... terus ke bandar Muar untuk ke Hotel Riverview since sebelum travel dah pun google hotel2 di Muar. Alhamdulillah dapat bilik tapi yang twin sharing je since bilik yg katil queen semua dah full..... kalau nak juga kena tunggu lagi 2-3 jam. Aku dah malas nak tunggu sbb dah letih sangat so amik je bilik tu.....

Mee Bandung Muar special skit sbb telur akan dimasukkan kedalam kuah 
untuk setiap pesanan. Itu yang menjadikannya agak sedap dan berbeza

3rd day kat sana, aku try pulak makan Asam Pedas Parit Jawa. Dari hotel ke Parit Jawa lebih kurang 1/2 jam juga. Tapi sebab dengar kata asam pedas situ mmg terbaik... so tak nak ketinggalan la nak mencuba. So aku pi kat sana dengan sorang kawan sekerja yang memang dah lama out station kat sana. Sampai je kat kedai tu terus la order Asam Pedas Ikan Merah untuk 2 orang. Ingatkan style Asam Pedas Muar dan Asam Pedas Melaka ni sama (Kat Melaka, asam pedas dia buat sorang seketul...cukup2 la untuk makan). Tapi kat Muar ni bila tgk ja ikan tu bila sampai..... boleh mencekik untuk 3-4 orang. Jenuh nak makan 2 orang.

Nah makan ni... agak2 boleh habis ka? Nasik dah tambah sepinggan
lagi tapi lauk tak habis2... termonyeh2 nak habiskan ikan sebesar ni 2 orang.
Tapi dia punya rasa mmg meletup la....

Lepas ni kalau ada masa turun ke sana lagi, mmg akan singgah lagi ke tempat ni. Mee Bandung Muar dan Asam Pedas Parit Jawa memang power. 4/5 bintang untuk kedua2 tu. Siapa orang Muar yang baca entry ni sila inform kedai Asam Pedas dan Mee Bandung yg best kat sana. Nak cuba lagi......


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...