Friday, 9 December 2011

Jalan-jalan cari makan

Foods. Yup foods. Makanan memang selalu mengujakan aku. Aku suka makan, dan aku adalah manusia yang jenis tak kisah nak mencuba segala jenis makanan yang ada kat depan mata aku. Selalunya bila wife aku balik bercuti, kami sekeluarga akan kluar ke mana2 untuk makan. Bukan pi tempat yang grand dan glamour sgt pun. Im not the kind of guy yang suka ke tempat2 yang posh dan extraordinary. Janji tempat tu selesa, bersih dan sedap, for sure aku akan pi sana. Tambah2 kalau harga tu tak mahal sangat.

Korang pernah dengar satu tempat makan yang bernama Puncak Mutiara Cafe di Kampung Pelet, Bukit Mertajam. Tempat ni pernah masuk dalam JJCM. Tempat ni mmg best since dia agak jauh dari jalan besar, so tak de la dengar bunyi bising2 dan juga tempat makan ala2 dlm hutan dan dusun. Aku kalau gi sana for sure akan makan beriani peha kambing (yaaaaa... peha kambing bukan peha rozita che wan ye....). Terbaik wooookkkkk.

Gambar2 yang aku letak kat bawah ni aku snap setahun yg lalu masa wife aku tgh sarat mengandung anak ke 3. Masa tu kandungan dalam 8 bulan tak salah aku. Aku, wife and the two D's (masa ni masih 2 D) gi makan kat sana. Aku mmg suka gi sana once a while bila the crave utk makan lauk kambing... (aku ni bukan suka sgt kambing sbb berbau). Tapi kat sini, masakan dia langsung x de bau. Tu yg buat aku selalu ulang makan benda yang sama je....

Tgk la gambar2 kat bawah ni.... Oh ya, aku ni tak dak kena mengena dengan tuan punya kedai dan jugak tak dapat komisen apa pun. Just nak share ngan korang semua selera ikut citarasa anak tekak dan juga cacing2 dalam perut aku ni.....

 Suasana di cafe tersebut. Ada kolam ikan, dusun durian, rambutan 
dan macam2 lagi le. Memang sesuai nak lepak sambil makan2.


 
Ni kat dalam kawasan cafe. Sebelah kiri tu adalah pergola @ pangkin
kecik untuk pengunjung2 cafe....


 
 View kolam ikan dan juga kebun kat area cafe


 Ni yang Muhammad Danish punya. Chicken chop je. Normal je...
Takdak yang special cuma ayam dia mmg fresh sgt, macam depa baru ja sembelih


  
Danisha Sorfeena punya. Pun biasa je... Wife aku buat sedap lagi.
Bukan nak bodek tapi kenyataan. Hehehehe
 

  
Ni yang wife aku order. Nasi Goreng Arnab. Aku mmg tak makan since
arnab ni buat aku teringat kat meeoowwwwwwwww....... Tapi wife aku kata sedap. 
 

 And this is yours truly punya dish. Nasi Beriani Peha Kambing. Pinggan dia ni
kecik skit ja dari talam. So boleh makan 2 orang ni. Mmg x abis makan sorang. Daging
kambing sgt juicy, tender dan fresh. And the best part is.... tak de bau. Oh ya, kat sini 
bekalan kambing fresh dari reban kembing diorang... aku lupa nak snap pic reban
kambing....



 Ikan dalam ni korang tak leh makan tau. Korang je kena kasi makan since
cafe ni ada jual makanan ikan utk ikan2 dalam kolam dia.


Burung apa? Burung Untaaaaa, Burung apa? Burung Untaaaaa
Burung apa?? Burung la, Unta......
 
Ni terbaik untuk hilangkan dahaga lepas penat dok sebut nama
burung tu tadi. Ni Lai Chi Kang.... Bukan Taichi ataupun orang
yang jalan kengkang....


So sesiapa yang nak try makan kat sini boleh lawat disini Sure hampa semua bosankan dengan entry aku ni.... Aku pun boring gak ni... nak masuk tdo dulu.... Kids pun dah lena. Citer kat tv pun semua lemau je..... better buat taik mata. Chowwwww.







3 comments:

  1. dari first puncak mutiara ni bukak sampai la sekarang...tak pernah makan situ...haih..sadis...sadis..

    ReplyDelete
  2. Yang.... terbaekkkkk... nnt kita p lagi..

    Siti ..... awat tak pi.... cuba la sekali. mmg best wooo

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...