Thursday, 15 December 2011

Train Ride from Tanjung Malim to BM

Dah lama tak naik keretapi. Rasanya dah almost 18 years tak naik. Last sekali naik tren balik raya masa study di PUO tahun 1992. Lama gila wes..... So baru2 ni ada kesempatan untuk naik tren 2 kali, both fromTanjung Malim to Bukit Mertajam.

Tren ride yg pertama after all these years adalah lepas Raya Aidilfitri baru2 ni. Lepas balik dari beraya di Kelantan, my wife (who is still studying full time in UPSI) kena balik ke kampus since kelas akan start after raya. Masa tu dia nak bawa kereta ke Tanjung Malim tapi since I was reluctant to let her drive alone. So aku bawa kereta aku dan tinggalkan kereta aku di Stesen KTM BM. Lepas tu aku drive her car to TM. Sampai sana around 8++am and after our breakfast terus ke stesen KTM TM sbb tren aku balik BM around 1030am on the 18th Sept. 

Nak kata ada perbezaan yang ketara kat tren after 18 years equals to zero la. Cuma stesen KTM je nampak comey. Kalay nak ikutkan lokomotif dan juga gerabak mcm lama je. Takde yang baru. Aku punya seat kelas biasa je balik dr TM, hanya 29 hengget je. Nothing special. Sebelah aku mat saleh yang asyik leka dok baca novel dari notebook dia (aku agak je sbb nampak mcm novel). Hari tu plak seat penuh so tak dapat nak tukar seat.... (aku dah la big size, mat saleh big size... seat cinoni.... adehhhh).

After halfway baru la ada seat kosong kat depan since ada yg dah turun kat next stesen and harap sangat tak dak org naik plak lepas ni and take the seat... huhuhu.... Depa pasang DVD citer Harry Potter..... tak sempat habis citer, depa dah stop.... lagi la boring. Adehhhh.... Cuma yg buat aku teruja tiap kali tren ride since I was young adalah Tasik Raban dekat area Bukit Merah.... Splendid gila kawasan tu....

Semua gambar aku snap guna HP je... orang semekin makan semekut naik semekat tido semejid mcm aku ni tak mampu nak beli DSLR... hahaha...


Ni Aku snap masa tren singgah kat Parit Buntar

Pemandangan kat Tasik Raban

This area is awesome... kalau guna DSLR dan juga diambil
oleh pro mesti lagi power gambar kat area ni....

The end of Tasik Raban.... area ni dah ada kampung....
Untung orang kampung sini sbb kawasan yg sangat nyaman dan tenang

Aku punya 2nd tren ride masa tu lepas Raya Haji. Sebelum Raya Haji, wife aku balik driving alone dari TM ke BM tapi bila nak balik sana, as usual aku yang akan drive dia balik ke sana sbb risaukan heavy traffic dari Utara ke Selatan yg berlaku everytime lepas cuti yang panjang. But this time Danish ikut sekali gi sana. Danisha dan Darwisy tinggal dengan Mama (they called their babysitter as mama)

So 12 November baru ni, as usual akan tinggal kete aku kat Stesen KTM BM dan drive my wife's car to TM. But this time around, aku punya tren pkl 4pm. So akan tiba ke BM around 9pm. Kali ni aku amik tiket kelas pertama, so akan selesa skit kalau Danish nak tdo (rupanya dia tak tdo langsung sepanjang perjalanan). Dia asyik tanya itu dan ini.... sampai dia leh kenal dua org pakcik dan makcik kat depan seat aku duduk ni. Sbb dia suka sembang n tanya itu ini.... kenyang Danish dapat makan, air n cokelat. hahaha..... bila nak turun tren siap salam n cium tangan lagi.... Kelas ko Danish...

Danish yg kesejukan... dia ni mmg tak tahan sejuk...
kalau sejuk mula la nak menggeletar....

Ini roti Ahmad Albab yang punya... roti courtesy
of KTM (only provided for 1st class passenger)


Berenti agak lama kat Stesen KTM Ipoh.. Time ni
Danish mula membuat lawatan YB ke setiap seat. Aku malu nak
snap photos... hahahaha


Lepas penat membuat lawatan mencari undi sbb PRU13
dah tak lama. Bakal YB terpaksa mengisi tangki yg kosong.

Dalam tempoh 5 jam lebih dalam tren, Danish ni lebih dari 10 kali ulang alik gi toilet. Tiap kali patah balik dr toilet dia akan singgah kat kantin since toilet gerabak 1st class rosak, kena la gi gerabak lagi satu yg kena cross kantin... Asyik nak makannnn ja keja dia. Apa leh buat... layan je la....

Yang paling tak tahan.... dua kali dia memerut. Ades.... ngan aku sekali kena ikut masuk dlm jamban ketapi tu... Korang tahu la jamban ketapi mcm mana kan... kecik dan sempit. Naya wesssss amik bau berak anak... nak kena tolong cuci lagi... mana tahannnnnnn.....

Gambar Danish sedang memerut tak dapat ditunjukkan
atas sebab2 keselamatan.... Gambar diatas hanya sebagai hiasan....

Panjang pulak entry aku kali ni... sepanjang tren yang aku naik dan juga sepanjang masa Danish dok berkawad satu gerabak tu... siap buat ala2 YB yg tengah mencari pengundi2 baru... tersengih sana sini... Mana tahu kot2 besar nanti boleh jadi YB kan... melentur buluh biarlah dari rebungnya.... hahahaha





2 comments:

  1. syoklh naik tren...xpnh lagi naik tren jln jauh2...sempat lg amik gambo byk2 ek

    ReplyDelete
  2. sesekali tu ok la.... if not mmg akan boring sbb tren ni lambat sampai...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...