Saturday, 17 December 2011

Hantu Kak Limah dan Danisha

Sekarang ni sangat banyak citer dan filem hantu yang dok tayang kat TV. Bila satu produksi buat satu2 genre filem dan untung besar, maka penerbit lain pun berlumba2 juga jump in the bandwagon. Macam tak dak idea lain. Dulu heboh citer hantu.... Hantu bonceng, hantu kak limah balik rumah, jangan pandang belakang, congkak dan mcm2 tajuk lagi la.... 


Sebelum ni sibuk dengan cerita rempit dan drift.... semua produksi pulun dok buat citer yang sama. Pelik sungguh aku dengan tahap pemikiran pembikin filem kat Malaysia ni. Masing2 macam tak dak idea originaliti masing2. Semua main tiru je. Lepas satu citer lumba, kluar lagi citer lumba dan rempit. La ni pulak sibuk dengan citer ala2 gangster. Serabut aku tengok. Bukan aku ni tak sokong produksi filem ni, tapi dah memang kenyataan... semuanya cliche dan stereotype. Sama je. BTW, aku mmg sgt lama x tgk citer Melayu kat cinema. Last sekali rasanya 7 tahun dulu temankan wife aku tgk wayang citer melayu tapi sedar2 je wife aku dah kejutkan aku bangun tdo.... kehkehkeh...


Tapi kali ni aku nak citer kesan citer hantu yg sangat banyak ni kat anak aku si Danisha. Dia ni memang sangat penakut, bunyi yang pelik2 kat luar rumah pun dah takut apatah lagi kalau dengar bunyi guruh yg kuat... lagi laju dia sorok kepala dia bawah bantal. Dan yang jadi tukang mengusik tu siapa lagi kalau bukan si Danish. Kaki propa nombor wahid dalam family aku.

Danish ni dari umur 4 tahun suka sangat melukis aka menconteng satu rumah. Habis dinding rumah aku ni jadi graffiti wall untuk dia buat training. Dia ni ada satu habit yg kadang2 buat aku naik angin, tapi at the same time buat aku tersengih bila tgk perangai dia. Dia ni kuat mengusik. Tiap kali dia mengusik Danisha, aku akan marah dia sbb aku tak mau dia mengusik mcm tu. Tapi dia ni ada idea yg lebih advance..... dia akan lukis gambar2 hantu kat dinding rumah especially kat dinding dan walkway nak ke dapur.

Ayat yang sangat popular bila Danish mengusik Danisha especially bila Danisha nak ke dapur atau masuk bilik.... "tuuu diaaaaa... hantu kak limahhh" so si Danisha ni pun apa lagi... lari sambil dok menjerit satu rumah. Tak leh nak kata apa dah since Danish ni kuat mengusik dan Danisha ni plak penakut. 

Tu kat dinding tu ada gambar hantu tapi x jelas sgt sbb guna 
camera phone cam itik serati....

Gambar yang sama, kalau nak tgk kena click gbr 
tu sbb tak jelas sangat.

Ni gambar hantu comel yang dia lukis kat dinding...

Sejak adanya gambar2 hantu tu kat dinding, si Danisha mmg takan p kat area situ sorang2. Kadang2 dia terlupa so dia akan p ke dapur, tapi Danish tak pernah lupa bak kata pepatah, pelanduk selalu lupakan jerat tetapi jerat tak pernah lupakan pelanduk.


Gambar di atas hanya hiasan... tapi mcm familiar je
muka Kak Limah ni... tapi dimana aku tgk ek... kehkehkeh

Anak jantan aku yang sorang ni mmg kuat daya imaginasi. Memang suka sangat conteng dinding dengan gambar2 yang hanya dia sorang yang tahu. One more thing dia suka sangat dengan kereta..... boleh dikatakan hampir 80% jenis kereta yang atas jalan dia tahu jenama dan model. 


2 comments:

  1. Hahaahahaah!!Tgelak2 aku baca Saleem oii!!
    =P

    ReplyDelete
  2. tu la perangai anak2 ambo.... nok wat lagu mano... budok2 meme doh lagu tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...