Friday 2 December 2011

Sempoi la lu cik kak

Aku ni memang jenis yang suka ambik gambar especially yang candid dan juga pelik. Tapi selalunya guna handphone je la, lagipun yang candid ni akan berlaku secara tak sengaja depan mata dengan pantas. Bukan selalu nak jumpa mcm ni. Lagi pelik lagi best..

Gambar kat bawah ni aku snap masa aku on the way balik kerja. Minah @ Cik Kak ni aku jumpa masa kat interchange Juru. Memula aku tak perasan sgt, tapi bila aku usyar btl2 baru aku perasan yang dia ni naik moto tak pakai helmet. So aku pun follow dia dari highway Juru sampai dia turun di persimpangan Sama Gagah.

Memang gagah betul Cik Kak ni naik moto tak pakai helmet atas highway dari Juru ke Sama Gagah yg trafiknya sangat sibuk time 530pm. Pergh..... Jarak dari persimpangan Juru ke persimpangan Sama Gagah lebih kurang 8km. Aku pun tak sanggup buat mcm ni. 

Ni gbr Cik Kak yang taiko tu. Aku snap masa kat area Roundabout
Seberang Jaya. Background tapak Ekspo.

Aku tak tau apa tujuan cik kak ni tak pakai helmet dari Juru hingga ke Sama Gagah. Kemungkinan ada 3 sebab dia buat macam tu. Tu aku agak je la kan....
  1. Sebab helmet dia kena curi, dan dia takde duit malas nak beli baru. So terus merempit balik ke rumah.
  2. Agaknya dia nak test kepala dia ke keras atau dia keras kepala. Konpius jap neh....
  3. Saja nak tayang tudung yang baru dia beli kat kedai online.
  4. ehhhh... tadi kata 3 je ni dah masuk 4 dah.... Hentam je la labu.... Maybe sebab orang kat area Sama Gagah memang gagah gagah belaka....
Anyway Cik Kak, saya nak pesan ni hoccay..... Lain kali pakai la helmet tu. Nyawa kita ni ada satu ja.... tak dak dah jual kat kedai spare part atau kat kedai online.  Kalau setakat kena saman tu tak pa la lagi. Ni kalau kena laggar ngan lori Simen yang dibawa oleh abang Saman, apa cerita? Pinjam tagline Nabil jap..... Lu pikirla sendiri.....

p/s : teguran ni untuk semua kita termasuk la aku sendiri. If you cling onto safety, you will be home safely. Peace y'all. 

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...