Thursday 1 December 2011

Mee Ketam dan Bawal Hitam

Ahhhhhh...... lunch time. Waktu yang selalunya akan ramai orang kluar makan especially kat kawasan aku keje ni. Tapi kali ni aku n frens nak gi makan jauh skit dari office. Skit je pun... tak la jauh sampai sejam dua. Tempat yg kami lunch ni terletak kat Kampung Juru. Sana ada mee ketam, mee udang dan juga nasi putih bawal masak hitam.... Ni la speciality kat kedai tu. Terbaik wokkkk....

Dari office nak ke kedai tu kalau drive kete atau tunggang moto dalam 5 minit je. Kalau naik gerek (basikal la tu) dalam 15 minit kot. Tapi kalau jalan kaki tak pernah cuba lagi... Tak sanggup plak rasanya.

Tu lokasi kedai.... pandai2 la cari kalau nak pi makan. Sampai simpang 3 tu kona kanan
kena straight dlm 400m n tgk kedai tu belah kanan jalan. Jgn makan yg dekat ngan simpang tu...


Ni bawai masak hitam @ kicap pekat, ada kuah sup dan juga kuah ketam. Terbaik wokkkk
Price dalam RM8 - RM10 sekali ngan minuman. Ikut harga pasaran beb, so tak tentu harga.


Yang ni pulak mee udang + ketam.... meleleh wa cakap lu. Price mmg reasonable
kalau nak makan sini. Semangkuk dlm RM6-RM7. Recommended to try this.


Oh ya... aku tak de kena mengena dengan tokay kedai ni samada sepupu sepapat apatah lagi bau2 ketiak bacin bacang. Cuma nak promote n kenalkan makanan yg sangat marvellous atas citarasa lidah dan tekak aku je. Korang boleh try kalau dah melejeh-lejeh air liur tgk gambar2 ni. 

p/s : harap maaf sebab kualiti gambar yg sangat menyedihkan... guna camera phone cap kambeng je..... Tak kisah la kan, janji mesejnya sampai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...