Wednesday 30 November 2011

First day of blogging

Assalamualaikum.....


Selalunya aku hanya sleepwalking blogwalking je. Aku suka membaca blog orang lain dan kadang2 aku terasa seperti dapat menghayati apa yang diceritakan di dalam blog-blog tersebut. Tak kisah la blog apa pun... kehidupan, personal, makanan, politik dan juga tentang dunia....

Cuma hari ni rasa terpanggil untuk membuat blog aku sendiri. Sebelum berlari, harus bermula dengan merangkak dahulu. 

Aku adalah suami kepada seorang isteri yang masih lagi menuntut di sebuah IPTA yang bakal menamatkan pengajiannya pada pertengahan tahun depan, InsyaAllah. Kami mempunyai 3 orang cahaya mata yang masih lagi kecil iaitu yang kami panggil 3D.. (bukan 4D ye... itu kuda toto dan magnum)... Danish, Danisha dan Darwisy....


Muhammad Danish, Danisha Sorfeena &
Muhammad Darwisy



Kehidupan aku seharian hanya berkisar kepada kerja dan keluarga. Tiap pagi hantar anak2 kepada baby sitter sebelum keluar bekerja dan petangnya selepas kerja akan ambil anak2 dari baby sitter. Ini dah menjadi rutin sejak 3 tahun lepas apabila wife aku dapat menyambung pengajian secara full time. Its not an easy job to care for 3 little kids who are always fighting and bickering between them... (hambek kau... aku skipping london ni...)

Wife hanya akan balik once or twice a month since dia agak busy ngan study, class dan jugak assignment dia. Aku pun selalu out-station ke Johor, Melaka dan KL. Oh ya... Lupa nak habaq mai... Aku ni anak jati Penang dan wife aku plak dari Kelantan.... nah haiiii aku cakap utara plak.... Tak pa la kot no?? Kita campuq2 bahasa skit baru la boleh dikatakan 1 Malaysia

Oh ya... sorry ek sebab aku banyak guna bahasa pasar dan jugak campuran antara bahasa penjajah dan jugak bahasa utara dan Kelantan.... Semakin banyak bahasa semakin syok pulak nak baca kan? Tak la skema sangat dan ala2 propesor mak dia.... kan kan kan kan

Start dari hari ni aku akan start ber-blogging at least once a week. Best jugak rasanya bila ada blog ni rupanya.... kehkehkeh.... Rasa mcm ada umphhhh je....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...