Sunday 1 January 2012

Al-Fatihah untuk arwah Bapu dan Emak

Assalamualaikum......



Hari ni 1hb Januari 2012 genaplah 21 tahun kepulangan Bapu (maksudnya Ayah) ke Rahmatullah kerana sakit tua. Ketika itu aku telah berada di dalam Tingkatan 5 dan akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun tersebut. Banyak kenangan antara aku dan Bapu ketika hayat beliau. Beliau seorang yang sangat tegas, garang tetapi seorang yang sangat penyayang. 

Aku ni memang agak nakal ketika zaman kanak2 dan selalu akan kena denda dengan Bapu, especially denda time out mengadap dinding (baca di sini) seperti yang aku praktiskan kepada Danish sekarang. Dulu memang aku paling tak suka kalau kena time out. Tapi bila dah mempunyai anak sendiri baru aku paham apa fungsi sebenar time out ni. Kena jadi ayah baru boleh faham.....

Selalu aku akan merajuk dan buat2 tido selepas aku kena marah ataupun selepas kena rotan kononnya nak tunjuk tanda memprotes.... tapi yang paling tak tahan, bila Bapu sendiri yang akan pujuk aku dan akan bawa aku duduk makan kat sebelah dia. Bila hari tu ada menu ikan, dia sendiri akan buang tulang2 ikan dan akan meletakkan isi ikan yang dah dibuang tulang ke dalam pinggan aku. Tu untungnya bila lepas kena denda dan marah.... mesti akan dipujuk oleh Bapu.

Aku masih ingat lagi panggilan manja Emak kat Bapu...... Emak akan memanggil Bapu sebagai Raja dan Bapu pula akan memanggil Emak sebagai Rani... Mcm cerita Amir Khan dan Manisha Koirala.....

Filem Akele Hum Akele Thum

Emak pernah kata beberapa hari selepas Bapu mengadap Ilahi bahawa dia pun dah tak nak hidup lama since Bapu dah tak de dan kami pulak semua dah besar dan boleh jaga diri sendiri. Rupanya kasih sayang dan cinta Raja dan Rani memang membawa ke akhir hayat. Emak pulak menuruti Bapu genap 20 bulan selepas itu pada 30hb Ogos 1992 selepas sebulan pulang dari mengerjakan haji buat kali yang ke dua. Waktu itu aku baru saja mendaftarkan diri ke Politeknik Ungku Omar Ipoh. Cinta Raja dan Rani memang sehingga ke hujung nyawa....... Aku harap dapat mencontohi kisah cinta Raja dan Rani.....

Gambar lama yang di ambil di Kek Lok Si Temple Air Itam Penang.
Waktu ni aku maybe dlm 5-6 tahun dan sebelah tu kakak aku.

Aku doakan semoga Arwah Bapu dan Emak tenang di sana, dilimpahi rahmat dan juga ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Al-Fatihah untuk Bapu dan Emak..... Amin......



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...