Wednesday, 25 January 2012

Balik Kampung.......

Assalamualaikum.....

Dah lama aku tak hapdate blog aku yg sekangkang kera ni... maklum la kan yang aku ni "Laki Tinggal" anak 3. So aku sibuk jaga kids pastu urusan keja yang makin banyak dan juga minggu lepas aku balik ke kampung mertua aku di Kelantan. Kebetulan cuti Raya Cina ni Bakal Cikgu sedang cuti seminggu sebelum dia start Latihan Mengajar di Serdang Selangor hujung bulan Januari ni. Lepas ni makin jarang la mem besar dapat balik sini sbb kena ikut time sekolah.

Last week lepas ja kerja hari Khamis tu kami terus balik kampung. Bertolak lebih kurang pukul 10.00 malam dan sampai ke PCB dalam pukul 2.30am. Takde apa yang special pun sepanjang perjalanan ke kampung... cuma terserempak dengan gajah liar je selepas Tasik Banding menghala ke Jeli. Sebenarnya, boleh kata tiap kali aku guna Hiway Timur Barat tu for sure akan terserempak dengan gajah liar. Tapi anak2 aku tetap tak dapat nak tgk since depa selalunya akan lena dalam kereta.

Gambar Ihsan Incik Google. Normally kat area ni
la akan selalu terserempak dengan gajah2 liar

Ni pun atas Ihsan Incik Google. Tu gambar salah satu 
Jambatan yang menghubung Pulau Banding di Hutan Belum

Kami sampai ke PCB lebih kurang pkl 2.30am... Jalan at that time mmg agak lengang dan tak banyak kereta, cuma ada la 5-6 kali tersangkut kat belakang lori2 treler yang mungkin membuat penghantaran terakhir sebelum cuti Raya Cina. Tapi since atas Hiway Timur Barat ada banyak tempat untuk memotong, jadi tak la sangkut lama sangat belakang treler2 tu.

Kebetulan time aku balik ke kampung hari tu, kakak aku yang stay di Shah Alam pun gi ke sana untuk bercuti, so sempat la kami jumpa on Friday tu. Sabtu dia dah nak gerak ke Trengganu plak. Sakan sungguh dia meronda satu Malaya. Lepas solat Jumaat tu kami semua gerak ke Pantai Sri Tujuh kat Tumpat, gi pekena colek (seafood celup tepung).... Sini mmg best la kalau nak makan colek since semuanya fresh (tak dak yang dok ulang goreng 3-4 hari mcm kat tempat yang satu lagi tu...)

Danish & my Mother In Law.... tu tangan
sapa plak dok enterframe tu... kui kui kui

Sotong dan Udang Goreng tepung... perghhhh...
My favourite tu.... memang sodap...

Sotong celup tepung ni cicah ngan sos colek
memang terbaik....

Fresh, rangup dan sangat yummylicious

Ikan goreng yang... ermmmm.... sodapppppp

Bakal Cikgu sedang menunggu nasi goreng....

Kakak, abang Ipaq dan juga Fawwaz.

Lepas abis makan and on the way nak balik ke PCB, aku singgah stesen minyak sbb nak kasi fair & square ngan kete tu...... kita ni dah kenyang tapi kete plak lapaq... so kena la isi perut si kaki empat tu. Tapi something yg quite funny plak aku tengok kat pam minyak tu. Agaknya orang kampung situ tak dapat beza kot harga minyak RON95 dan RON97.... sebab tu tuan punya stesen letak label kat nozzle tu.... Cer tengok kat bawah tu.....


Kena tunggu Sebastien Vettel la nampak gayanya...

Aaaaaa pakcik. Ambo nok beli minyok hok
paling muroh skali kat sini....

Tapi yang paling tak bestnya kali ni balik kampung... semua kena demam and batuk2. Mula dari mem besar sampai ke 3 beradik tu. So kali ni balik kampung, kami hanya lepak2 je kat umah... tak gi ronda2 mana sangat pun. Lagi pun kali ni cuti pendek je... dlm 4 hari tak macam selalu yang hampir 2 minggu aku akan amik cuti. Sebabnya mem besar kena prepare untuk balik ke Tanjung Malim sebelum gerak ke Serdang Selangor untuk praktikal.

Hari yang kami plan nak balik tu, pada malamnya ada Dikir Barat kat atas padang sebelah umah mertua aku. Terlepas lagi nak tengok Dikir Barat secara live. Belum ada rezeki lagi agaknya nak tgk..... 


Danish & Danisha berlatar belakangkan dinding
zink untuk Dikir Barat esok malam.... (tak sempat tengok.. huhuhu)

Darwisy as usual... sangat ceria bila boleh
merendeq kat luar ambik angin....

Hello.... anybadi homeeeee? Danish wat lawak kat
tempat jual tiket Dikir Barat.

Danisha : Abang jom balik... mana ada orang jual tiket lagi
Danish : Abang tak kira, abang nak juga tiket Dikir Barat

Eh... mana orang? Ni nak jual ke tak nak jual
ni? Buat letih je panjat nak beli tiket....

Cuti kali ni memang sangat pantas... kejap je nak kena balik Penang dah... huhuhu.... Lepas mem besar abis Latihan Mengajar bulan 5 ni, boleh la amik cuti panjang skit dan balik lepak kat kampung lama2. Apa pun... Aku tetap akan cari jalan nak tengok Dikir Barat dan jugak Wayang Kulit secara live di kampung2. Nak rasa suasana orang2 kampung kat sini berdikir barat...... 

Air Asia nak mendarat kat Airport Pengkalan Chepa

Aku snap dari belakang umah Mertua aku je....
Bangunan yg tu adalah Sekolah Rendah apa tah nama.... aku lupa..



2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...