Sunday, 8 January 2012

Trip to clinic.....

Assalamualaikum........

Setiap dua bulan Danisha dan Darwisy akan kena p klinik kesihatan untuk buat routine check-up. Sepatutnya depa kena pi hari Ahad minggu lepas tapi since aku terlupa so hari ni baru aku bawa pi klinik. Sejak Bakal Cikgu sambung degree kat UPSI secara fulltime, aku la yang akan bawa anak2 ke klinik ibu dan bayi untuk buat routine check. 

Since Danish umur 1-1/2 tahun aku dah start ke klinik kesihatan ibu dan anak. Lepas tu Danisha dan sekarang ni Darwisy. Dulu mula2 segan juga la since aku sorang je lelaki kat situ dan yg lain semua ibu2 dengan anak2 depa. Pompuan ni kadang2 pelik sikit.... bila nak menyusu badan kat anak2 depa bukannya nak reti cover2.... selamba je depa selak depan kita nak kasi susu badan kat anak depa... amik kau... selambak. Cheh.... Aku yang naik segan pulak bila depa buat mcm tu. 

So tadi aku bawa Danisha and Darwisy buat routine check-up. Sampai je terus card bulanan tu aku letak kat pendaftaran n terus pi timbang dua2 beradik tu. Danisha 11.6kgs je dan si Darwisy pulak 10.1kgs. Hurmmmmm..... Danisha punya berat memang tak balance dengan umur dia.... Danisha ni mmg susah sgt nak makan... kalau jajan tu mmg suka la tapi aku plak mmg tak pernah simpan jajan kat umah.... even coklat and sweets. Sbb tu la gigi anak2 aku sampai sekarang ni masih elok n tak rosak. Tapi tu la kan..... jaga kot lain tapi maslah kot lain pulak. 

Danisha ni kalau nak makan nasi tu kita kena paksa dan ugut... baru la dia makan..... Agaknya dia nampak nasi tu rumput atau pasir agaknya. Lauk favourite dia nasi putih, sup ayam + kaki ayam.... isi ayam mmg dia tak mau.... 

Nampak line berat Danisha yang dah cecah 
warna kuning... Adeh laaaaa.... Misi tadi bebel dah.

Ni Vitamin yang misi kllinik kesihatan bagi
tadi untuk Danisha.....

Sebab kurus and tak balance..... misi kat klinik tadi dah kasi vitamin sebotol dan suruh dia makan satu sudu kecik sehari. Hmmmmm.... nak kena pi pharmacy la lepas ni beli appeton ke apa ke yg sesuai untuk dia. Cakap pandai n banyak tapi bab makan ni mmg payah. Tak macam abang n adik dia.... Depa dua orang tu memang kaki makan macam ayah dan mak depa... hehehehe

Darwisy pulak berat dia maintain and naik skit ja dari last month. Maklum la dia la ni sangat lasak. Makan mmg non stop tapi berat tak naik banyak dah. Last month 9.8kgs... bulan ni 10.1kgs je.... so tak de la perbezaan ketara sgt. Tapi still within range la..... 

Ni si Darwisy punya graf.. dalam 5-6 bulan ni
berat badan dia dalam lingkungan 10kgs ja.

Kali ni takde kena cucuk but untuk next appointment, Darwisy akan kena cucuk untuk umur      1-1/2 tahun..... Setakat ni Alhamdulillah tiap kali dia kena cucuk, dia tak la menangis ataupun demam2. Next appointment on mid March pulak... so kali ni kena cucuk la... Lepas tu misi nak pantau berat badan Danisha sama.... harap berat Danisha akan naik la dari 11.6kgs to 13kgs....







4 comments:

  1. Biasala budak2..anak sedara aku pon mcm tu..susah nak makan..
    jemu kot..lg pulak x dok dgn parents..
    mak aku yg jaga..nasib baik gak dia mmg suka kalo adik bongsu aku mkn..
    mmg dia dok nganga seblah..
    kalo x aku rs lg keding la si Rayyan tu..hehe!

    ReplyDelete
  2. tu la pasal.... si Danisha ni keding ja aku tengok.... si Darwisy boleh share baju tdo kakak dia dah la ni... padahal depa beza 2 tahun 2 bulan....

    ReplyDelete
  3. SMTI...jenih x menurun mak pak yg kaki makan huk3...

    ReplyDelete
  4. Yang : kalau turun mak n ayah alamatnya jadi obese la... hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...