Friday, 27 January 2012

Danish dan gigi susunya

Assalamualaikum........


Nak citer tentang gigi susu pertama Danish yang dah tercabut dicabut... Dari minggu lepas lagi si Danish ni dok merungut yang gigi kacip bawah dia longgar, so aku pun try buat mcm2 cara nak cabut gigi dia, tapi si Danish ni asyik mengelak ja.... susah betui nak cabut. 3 hari lepas aku bawak p dental clinic kat Kulim... tapi tutup plak so tak tercapai la hajat nak cabut gigi dia kat dental clinic.

Gigi dia mmg dah loggar tahap maksima, cuma masih melekat skit kat kulit gusi tu ja.... tu yang buat aku geram sangat nak cabut tu. So malam tadi aku paksa juga Danish ni. Aku kata kalau tak buang juga gigi yang longgar tu, nanti bila gigi baru tumbuh... dia akan jadi bercabang mcm tanduk rusa.... pastu nak tutup mulut pun tak boleh. Muka dia nampak cuak ja.... so sebelum dia tanya balik banyak2 pasai tanduk rusa tu baik aku pelekoh (peluk + paksa) dia cepat2. Dan juga dua tiga kali dia tepih tangan aku...... buah last sekali aku sumbat jari aku yg ala2 dinoso ni dalam mulut dia dan plinggggggg.... tercabut terus gigi kacip dia yg halus tu..... ada la darah kluar skit... lepas kumur dah hilang pun darah... tak yah nak gi klinik.

Dah rompong pagar Danish.... yang basah tu bukan 
ayaq mata tapi dia baru lepas kumur n basuh muka....


Gigi susu pertama yang gugur..... Cepat sungguh
gigi dia bertukar... tak sempat naik sekolah lagi....


Gigi kacip Danish yang sangat kecik

Lepas ni kena blanja dia la sebab semalam dah janji nak blanja kalau bagi cabut gigi dia tu.... Apa benda la aku nak beli ni..... Any idea?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...