Sunday 29 January 2012

The best cendol in the world.... Pak Belalang punya

Assalamualaikum.......

Dah lama aku tak gi pekena cendol terbaik didunia ni... world class wa cakap lu. Lagipun yang buat ni orang kita juga kan..... aku tak tergamak nak pi makan cendol yg semua org dok kata sedap kat Penang Road tu.. sebabnya yang jual tu bukan orang kita. Kita tak tau apa yang dia dah letak dalam tu.... lagipun mana dia ada angkat hadas kan... huhuhuhu.... Baik la kita pi makan kat orang kita..... siapa lagi nak tolong kalau bukan sesama kita... kan kan kan.....

So minggu lepas aku pun singgah la kat Simpang Tiga Maklom untuk pekena cendol yg sangat world tu...... Kat situ ada cendol, laksa dan juga cucoq udang. Laksa atau bihun sup situ pun terbaik juga la.... Tapi kali ni aku order cendol dan cucoq udang ja.... Memang best... sapa yang dah pernah rasa cendol tu mesti akan p lagi kat situ. Ais dia memang halus giler, cendol dia wangi dengan aroma pandan dan ayaq gula dia memang tak manis melecaih sangat. Sedang2 elok ja rasa..... tambah plak kena ngan cucoq udang yang panas2.... perghhhhhhh..... Sendiri mau ingat la....

The best cendol in the world. Dia letak jagung skit 
dalam cendol tu. Harga RM1.80 satu mangkuk....

Yang ni pulak cucoq udang + sosej + fish cake +
teloq + ubi menggala..... sedap wokkkkk RM3.00 saja.

Ni la gerai tu.... yang ada awek baju oren tu gerai
laksa & bihun sup. Gerai cendol kat tengah2 gambar ni....

Sapa yang dah pernah makan kat sini memang akan ulang2 singgah lagi la sebab harga memang murah, makanan sedap dan service pun agak cepat..... Area sini kalau time tengah hari memang akan packed dengan orang la.... kadang2 kena tunggu lama nak dapat meja since space limited dan crowd sgt ramai. Tapi berbaloi la kalau nak makan cendol dia.







Friday 27 January 2012

Danish dan gigi susunya

Assalamualaikum........


Nak citer tentang gigi susu pertama Danish yang dah tercabut dicabut... Dari minggu lepas lagi si Danish ni dok merungut yang gigi kacip bawah dia longgar, so aku pun try buat mcm2 cara nak cabut gigi dia, tapi si Danish ni asyik mengelak ja.... susah betui nak cabut. 3 hari lepas aku bawak p dental clinic kat Kulim... tapi tutup plak so tak tercapai la hajat nak cabut gigi dia kat dental clinic.

Gigi dia mmg dah loggar tahap maksima, cuma masih melekat skit kat kulit gusi tu ja.... tu yang buat aku geram sangat nak cabut tu. So malam tadi aku paksa juga Danish ni. Aku kata kalau tak buang juga gigi yang longgar tu, nanti bila gigi baru tumbuh... dia akan jadi bercabang mcm tanduk rusa.... pastu nak tutup mulut pun tak boleh. Muka dia nampak cuak ja.... so sebelum dia tanya balik banyak2 pasai tanduk rusa tu baik aku pelekoh (peluk + paksa) dia cepat2. Dan juga dua tiga kali dia tepih tangan aku...... buah last sekali aku sumbat jari aku yg ala2 dinoso ni dalam mulut dia dan plinggggggg.... tercabut terus gigi kacip dia yg halus tu..... ada la darah kluar skit... lepas kumur dah hilang pun darah... tak yah nak gi klinik.

Dah rompong pagar Danish.... yang basah tu bukan 
ayaq mata tapi dia baru lepas kumur n basuh muka....


Gigi susu pertama yang gugur..... Cepat sungguh
gigi dia bertukar... tak sempat naik sekolah lagi....


Gigi kacip Danish yang sangat kecik

Lepas ni kena blanja dia la sebab semalam dah janji nak blanja kalau bagi cabut gigi dia tu.... Apa benda la aku nak beli ni..... Any idea?


Thursday 26 January 2012

Wednesday 25 January 2012

Balik Kampung.......

Assalamualaikum.....

Dah lama aku tak hapdate blog aku yg sekangkang kera ni... maklum la kan yang aku ni "Laki Tinggal" anak 3. So aku sibuk jaga kids pastu urusan keja yang makin banyak dan juga minggu lepas aku balik ke kampung mertua aku di Kelantan. Kebetulan cuti Raya Cina ni Bakal Cikgu sedang cuti seminggu sebelum dia start Latihan Mengajar di Serdang Selangor hujung bulan Januari ni. Lepas ni makin jarang la mem besar dapat balik sini sbb kena ikut time sekolah.

Last week lepas ja kerja hari Khamis tu kami terus balik kampung. Bertolak lebih kurang pukul 10.00 malam dan sampai ke PCB dalam pukul 2.30am. Takde apa yang special pun sepanjang perjalanan ke kampung... cuma terserempak dengan gajah liar je selepas Tasik Banding menghala ke Jeli. Sebenarnya, boleh kata tiap kali aku guna Hiway Timur Barat tu for sure akan terserempak dengan gajah liar. Tapi anak2 aku tetap tak dapat nak tgk since depa selalunya akan lena dalam kereta.

Gambar Ihsan Incik Google. Normally kat area ni
la akan selalu terserempak dengan gajah2 liar

Ni pun atas Ihsan Incik Google. Tu gambar salah satu 
Jambatan yang menghubung Pulau Banding di Hutan Belum

Kami sampai ke PCB lebih kurang pkl 2.30am... Jalan at that time mmg agak lengang dan tak banyak kereta, cuma ada la 5-6 kali tersangkut kat belakang lori2 treler yang mungkin membuat penghantaran terakhir sebelum cuti Raya Cina. Tapi since atas Hiway Timur Barat ada banyak tempat untuk memotong, jadi tak la sangkut lama sangat belakang treler2 tu.

Kebetulan time aku balik ke kampung hari tu, kakak aku yang stay di Shah Alam pun gi ke sana untuk bercuti, so sempat la kami jumpa on Friday tu. Sabtu dia dah nak gerak ke Trengganu plak. Sakan sungguh dia meronda satu Malaya. Lepas solat Jumaat tu kami semua gerak ke Pantai Sri Tujuh kat Tumpat, gi pekena colek (seafood celup tepung).... Sini mmg best la kalau nak makan colek since semuanya fresh (tak dak yang dok ulang goreng 3-4 hari mcm kat tempat yang satu lagi tu...)

Danish & my Mother In Law.... tu tangan
sapa plak dok enterframe tu... kui kui kui

Sotong dan Udang Goreng tepung... perghhhh...
My favourite tu.... memang sodap...

Sotong celup tepung ni cicah ngan sos colek
memang terbaik....

Fresh, rangup dan sangat yummylicious

Ikan goreng yang... ermmmm.... sodapppppp

Bakal Cikgu sedang menunggu nasi goreng....

Kakak, abang Ipaq dan juga Fawwaz.

Lepas abis makan and on the way nak balik ke PCB, aku singgah stesen minyak sbb nak kasi fair & square ngan kete tu...... kita ni dah kenyang tapi kete plak lapaq... so kena la isi perut si kaki empat tu. Tapi something yg quite funny plak aku tengok kat pam minyak tu. Agaknya orang kampung situ tak dapat beza kot harga minyak RON95 dan RON97.... sebab tu tuan punya stesen letak label kat nozzle tu.... Cer tengok kat bawah tu.....


Kena tunggu Sebastien Vettel la nampak gayanya...

Aaaaaa pakcik. Ambo nok beli minyok hok
paling muroh skali kat sini....

Tapi yang paling tak bestnya kali ni balik kampung... semua kena demam and batuk2. Mula dari mem besar sampai ke 3 beradik tu. So kali ni balik kampung, kami hanya lepak2 je kat umah... tak gi ronda2 mana sangat pun. Lagi pun kali ni cuti pendek je... dlm 4 hari tak macam selalu yang hampir 2 minggu aku akan amik cuti. Sebabnya mem besar kena prepare untuk balik ke Tanjung Malim sebelum gerak ke Serdang Selangor untuk praktikal.

Hari yang kami plan nak balik tu, pada malamnya ada Dikir Barat kat atas padang sebelah umah mertua aku. Terlepas lagi nak tengok Dikir Barat secara live. Belum ada rezeki lagi agaknya nak tgk..... 


Danish & Danisha berlatar belakangkan dinding
zink untuk Dikir Barat esok malam.... (tak sempat tengok.. huhuhu)

Darwisy as usual... sangat ceria bila boleh
merendeq kat luar ambik angin....

Hello.... anybadi homeeeee? Danish wat lawak kat
tempat jual tiket Dikir Barat.

Danisha : Abang jom balik... mana ada orang jual tiket lagi
Danish : Abang tak kira, abang nak juga tiket Dikir Barat

Eh... mana orang? Ni nak jual ke tak nak jual
ni? Buat letih je panjat nak beli tiket....

Cuti kali ni memang sangat pantas... kejap je nak kena balik Penang dah... huhuhu.... Lepas mem besar abis Latihan Mengajar bulan 5 ni, boleh la amik cuti panjang skit dan balik lepak kat kampung lama2. Apa pun... Aku tetap akan cari jalan nak tengok Dikir Barat dan jugak Wayang Kulit secara live di kampung2. Nak rasa suasana orang2 kampung kat sini berdikir barat...... 

Air Asia nak mendarat kat Airport Pengkalan Chepa

Aku snap dari belakang umah Mertua aku je....
Bangunan yg tu adalah Sekolah Rendah apa tah nama.... aku lupa..



Wordless Wednesday #6



Thursday 12 January 2012

Tolong menolong

Assalamualaikum....


Baru 2 hari lepas Bakal Cikgu ada post satu link kat wall FB aku. Video tu sangat menarik, iaitu tentang budaya bantu membantu ataupun courtesy (klik sini untuk makna). Ketika zaman kanak2 dulu, budaya tolong menolong dan mengambil berat antara satu sama lain masih menebal antara jiran tetangga dan juga walaupun org yang kita tidak kenal.

Bantu membantu amalan yang mulia...
tetapi tak ramai yang berbuat sebegini...

Semakin zaman berubah, semakin terhakis budaya suka membantu sesama kita. Manusia kian gigih mengejar kebendaan dan juga semangat kekitaan. Yang tinggal hanya budaya kau ~ kau dan aku ~ aku..... Dulu, kita boleh menegur anak2 jiran kita kalau2 budak2 tu ada buat kesalahan dan kadang2 budak2 tu takut bila kita ternampak depa buat sesuatu yang salah. Depa risau kita akan sampaikan apa yg kita nampak kepada ibu bapa depa. Tapi sekarang, kita tak mampu untuk tegur anak2 jiran walaupun depa buat salah hanya kerana tidak mahu bermasam muka dengan jiran kita. Benda ni memang berlaku ditempat tinggal aku sekarang.

Manusia bila terlalu full of them selves, depa dah tak pedulikan orang lain. Mungkin depa ingat depa mampu hidup sendirian tanpa ada masyarakat disekeliling. Kita kena ingat yang kehidupan ini umpama roda, ada masa di atas dan ada masa dibawah.... dan bila dah berada dibawah tu hati2 sama kalau2 terkena pulak taik dan lumpur di jalan.... Tetapi ramai manusia yang sanggup membantu untuk menjatuhkan sesama kita dan bukannya membantu untuk menaikkan sesama kita......

Ramai yang selalu buat begini termasuk
terhadap saudara dan rakan sendiri

Masih ramai yang sanggup menolong
tetapi dengan pelbagai syarat dan peraturan

Masyarakat bandar semakin lama semakin kurang bercampur dengan jiran tetangga. Mana tidaknya, kluar bekerja sebelum matahari terbit dan sampai kerumah selepas matahari terbenam. Waktu hujung minggu hanya duduk dirumah melayan TV dan internet. Anak2 pula leka dengan permainan video dan komputer. Dunia semakin lama semakin mengecil akibat peredaran zaman yang sangat pantas. 

Kalau haiwan pun boleh bantu membantu sesama
haiwan..... kenapa tidak kita??

Apa kata kalau sesekali kita ubah sikap kita yang terlalu mementingkan kebendaan semata dan cuba untuk membantu orang lain sesekali walaupun orang itu tidak kita kenali. Aku cakap mcm ni sebab aku dah banyak kali membantu warga emas yg melintas jalan, membawa beg atau barangan lain naik jejantas dan sebagainya. Kita hanya hilang 1 ~ 2 minit ketika membantu tetapi besar ganjaran yang menanti kita. Tak rugi kita membantu orang lain.... siapa tahu dilain masa kita pula akan dibantu oleh orang lain yang tidak pernah kita kenal..... Lihat video dibawah.......

Berbuat baik pasti akan mendapat
ganjaran yang baik......




Spontaneous Thursday #4


True courage is like a kite; a contrary wind raises it higher

Wednesday 11 January 2012

Anwar Hadi vs Adam Adli......

Assalamualaikum......

Posting kali ni simple je.... Brain vs Guts... common sense vs pure stupidity.....TESL vs TESL







Gunakan hak untuk berfikir sebelum hak untuk bersuara




Wordless Wednesday #5





Sunday 8 January 2012

Lena sambil berdiri?

Assalamualaikum......

Korang pernah tido sambil berdiri? Atapun korang kenal sapa2 yang boleh tdo sambil berdiri? Anak korang ke, adik korang ke, laki korang ke, wife korang ke.... Tapi ni aku nak tunjuk si Darwisy yg suka sangat tido sambil berdiri tiap kali masuk dalam kereta. Padahal tempat nak pi tu mmg dekat sangat since aku stay dlm kawasan perumahan..... selalunya aku bawak anak2 aku gi kat kedai depan tu je utk beli barang2 rumah or kluar breakfast time aku cuti... Tgk la gambar2 kat bawah tu.....

Bila perut kenyang... mata pun layu

Ada gaya tak? Hehehehe

Now you see now you dont.....

Mata dah mula nak terbalik.... layannnnn ja

Si abang and kakak dok gelak tgk adik
tersengguk2 tahan mengantuk

Tu tido gaya bebas oleh Darwisy


Ni la si Darwisy punya style bila perut kenyang,
sejuk kena aircon dan layan lagu dalam kereta....






Trip to clinic.....

Assalamualaikum........

Setiap dua bulan Danisha dan Darwisy akan kena p klinik kesihatan untuk buat routine check-up. Sepatutnya depa kena pi hari Ahad minggu lepas tapi since aku terlupa so hari ni baru aku bawa pi klinik. Sejak Bakal Cikgu sambung degree kat UPSI secara fulltime, aku la yang akan bawa anak2 ke klinik ibu dan bayi untuk buat routine check. 

Since Danish umur 1-1/2 tahun aku dah start ke klinik kesihatan ibu dan anak. Lepas tu Danisha dan sekarang ni Darwisy. Dulu mula2 segan juga la since aku sorang je lelaki kat situ dan yg lain semua ibu2 dengan anak2 depa. Pompuan ni kadang2 pelik sikit.... bila nak menyusu badan kat anak2 depa bukannya nak reti cover2.... selamba je depa selak depan kita nak kasi susu badan kat anak depa... amik kau... selambak. Cheh.... Aku yang naik segan pulak bila depa buat mcm tu. 

So tadi aku bawa Danisha and Darwisy buat routine check-up. Sampai je terus card bulanan tu aku letak kat pendaftaran n terus pi timbang dua2 beradik tu. Danisha 11.6kgs je dan si Darwisy pulak 10.1kgs. Hurmmmmm..... Danisha punya berat memang tak balance dengan umur dia.... Danisha ni mmg susah sgt nak makan... kalau jajan tu mmg suka la tapi aku plak mmg tak pernah simpan jajan kat umah.... even coklat and sweets. Sbb tu la gigi anak2 aku sampai sekarang ni masih elok n tak rosak. Tapi tu la kan..... jaga kot lain tapi maslah kot lain pulak. 

Danisha ni kalau nak makan nasi tu kita kena paksa dan ugut... baru la dia makan..... Agaknya dia nampak nasi tu rumput atau pasir agaknya. Lauk favourite dia nasi putih, sup ayam + kaki ayam.... isi ayam mmg dia tak mau.... 

Nampak line berat Danisha yang dah cecah 
warna kuning... Adeh laaaaa.... Misi tadi bebel dah.

Ni Vitamin yang misi kllinik kesihatan bagi
tadi untuk Danisha.....

Sebab kurus and tak balance..... misi kat klinik tadi dah kasi vitamin sebotol dan suruh dia makan satu sudu kecik sehari. Hmmmmm.... nak kena pi pharmacy la lepas ni beli appeton ke apa ke yg sesuai untuk dia. Cakap pandai n banyak tapi bab makan ni mmg payah. Tak macam abang n adik dia.... Depa dua orang tu memang kaki makan macam ayah dan mak depa... hehehehe

Darwisy pulak berat dia maintain and naik skit ja dari last month. Maklum la dia la ni sangat lasak. Makan mmg non stop tapi berat tak naik banyak dah. Last month 9.8kgs... bulan ni 10.1kgs je.... so tak de la perbezaan ketara sgt. Tapi still within range la..... 

Ni si Darwisy punya graf.. dalam 5-6 bulan ni
berat badan dia dalam lingkungan 10kgs ja.

Kali ni takde kena cucuk but untuk next appointment, Darwisy akan kena cucuk untuk umur      1-1/2 tahun..... Setakat ni Alhamdulillah tiap kali dia kena cucuk, dia tak la menangis ataupun demam2. Next appointment on mid March pulak... so kali ni kena cucuk la... Lepas tu misi nak pantau berat badan Danisha sama.... harap berat Danisha akan naik la dari 11.6kgs to 13kgs....







Thursday 5 January 2012

Spontaneous Thursday #3


An eye for an eye ends up making the whole world blind
~Mohandas Gandhi~

Tuesday 3 January 2012

Outing dengan Danish.....

Assalamualaikum......

Last week aku janji nak bawa Danish kluar jalan2 sambil beli beg sekolah dan alat2 tulis yang baru since next week dia akan start masuk tadika. So tadi aku time tengahari aku bawa dia pi ke Landmark Kulim since kat situ boleh dikatakan serba serbi ada di kawasan Kulim ni..... Ingat mula2 tadi nak ke Sunway Carnivall di Seberang Jaya tapi nampak cuaca mcm mendung ja so malas nak ke sana sbb dekat dgn kawasan perindustrian dan juga business centre. Sure akan jammed bila nak balik waktu petang nanti.

Elok2 sampai ke ke Landmark, aku and Danish terus ke Big One Cinema dulu..... Ingat nak tgk citer The Darkest Hour tapi memandangkan citer tu 3D, aku pun tak jadi nak tgk sebab aku ni specky... sure akan sakit kepala kalau pakai speck prescribed + speck 3D tu. So tgk2 screen time yang lain ada citer Sherlock Holmes nak start lagi 15 minit. So aku amik 2 tiket untuk aku dan Danish. Beli popcorn, coke dan mountain dew.... saja bagi Danish chance minum ais. Dah lama dia aku tak bagi minum air ais. Rasanya dah lebih 4 bulan rasanya. Tadi mmg kasi chance kat dia.......

Danish seperi biasa akan menguntumkan senyuman ala2
keriput bila disuruh senyum utk diambil gambar.... hehehe

Uiks.... Aku tgk Sherlock Holmes tadi tapi apasal
ada tiket The Darkest Hour plak..... Ni kes pelik ni....


Citer Sherlock Holmes tu mmg boleh rate 3.5/5 la. Aksi tak de la banyak sangat tapi pelakon utama Robert Downey Jr dan Jude Law sgt sgt sgt sgt superb especially si hero Ironman tu. Cynical dan full of sarcasm..... Citer yg menarik latarbelakang abad ke 19. Kalau nak kata citer ni best giler nnt bohong plak..... Tapi mmg boleh layan la citer ni. 


Lepas habis movie, kami gi beli barang sekolah Danish.... Dapat la beg sekolah Angry Bird dan jugak alat2 tulis yg dia nak... suruh dia pilih sendiri senang. Kalau kita pilih kot tak berkenan kat mata dia susah plak. Tapi ada gak yang dia main tunjuk ka... bila tengok rega... tertelan ayaq lioq aku... dan dan aku kata benda ni tak bagus, kurang kualiti.... kehkehkeh... Lepas siap shopping aku tgk Danish dah lapar... so naik kat atas balik n lepak kat food court. Danish order Nasi Goreng Ayam Kunyit dan aku plak Nasi Goreng Daging Black Pepper. Different but quite nice..... Cuma aku rasa mcm terlebih sgt black pepper tu dia boh.... Anyway its still a nice treat la.


Nasi Goreng Daging Black Pepper + Tolo Mata Kuba

Danish with Nasi Goreng Ayam Kunyit...


Lepas abis makan, tetiba plak tangan aku gatai nak baling nyok bowling.... so aku terus hungga masuk p kat bowling ngan Danish. Dia jadi tukang sorak dan tukang lorat boleh la. Aku main 2 game ja tadi. 1st game average 180 ja.... tapi last game mmg terbaik wooookkkk..... Tgk la gambar bawah tu... cuma kurang jelas sbb crappy camera phone yet again.... Huwaaaaa


Nampak ke tak ni? Kalau x nampak korang klick je gambar tu...
Tapi kalau still tak nampak juga alamatnya 3 kali Jumaat lagi la tu...

Lepas bowling... Danish kata nak main game plak so taknak la hampakan dia so gi lepak je kat kedai game. Dia ni cukup minat dengan game kereta..... so terus dia gi duduk kat game Daytona tu.... terbang gak la sekeping kertas merah.... Satu hengget satu credit/token... dapat la dia main 10 kali. Hadoiiiii.... main kalau tak pegang gear bukan nama Danish... padahal dah select auto gear..... sekali dia tukar gear bergegar booth game tu.... Apa pun tak boleh.... Janji dia happy.


Danish dok busy layan Daytona sampai habih sekeping kertas 
warna merah.... layan je la Danish oi. Bukan selalu boleh mcm ni.

Layan plak versi video.... abaikan suara kat background
yang dok bagi arahan macam manager F1 tu..... hahahaha


Abis ja main game terus balik umah tapi singgah kat kedai cendol n laksa depan balai polis dekat ngan umah...... ingat nak pekena cendol tapi cendol dah habis so Danish pekena plak ais kacang..... Kasi chance hari ni ja... Esok lusa jgn mimpi la nak minum or makan ais. Hehehehe... Aku bedal laksa penang n sirap limau ja...... Jadi la tu... malam ni tak yah makan dah..... Diet perut diet poket... kehkehkeh. 


Psttttt Danish... jgn habaq kat mak tau yg hari ni
ayah kasi chance makan ais kacang sampai semangkuk



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...