Thursday 12 January 2012

Tolong menolong

Assalamualaikum....


Baru 2 hari lepas Bakal Cikgu ada post satu link kat wall FB aku. Video tu sangat menarik, iaitu tentang budaya bantu membantu ataupun courtesy (klik sini untuk makna). Ketika zaman kanak2 dulu, budaya tolong menolong dan mengambil berat antara satu sama lain masih menebal antara jiran tetangga dan juga walaupun org yang kita tidak kenal.

Bantu membantu amalan yang mulia...
tetapi tak ramai yang berbuat sebegini...

Semakin zaman berubah, semakin terhakis budaya suka membantu sesama kita. Manusia kian gigih mengejar kebendaan dan juga semangat kekitaan. Yang tinggal hanya budaya kau ~ kau dan aku ~ aku..... Dulu, kita boleh menegur anak2 jiran kita kalau2 budak2 tu ada buat kesalahan dan kadang2 budak2 tu takut bila kita ternampak depa buat sesuatu yang salah. Depa risau kita akan sampaikan apa yg kita nampak kepada ibu bapa depa. Tapi sekarang, kita tak mampu untuk tegur anak2 jiran walaupun depa buat salah hanya kerana tidak mahu bermasam muka dengan jiran kita. Benda ni memang berlaku ditempat tinggal aku sekarang.

Manusia bila terlalu full of them selves, depa dah tak pedulikan orang lain. Mungkin depa ingat depa mampu hidup sendirian tanpa ada masyarakat disekeliling. Kita kena ingat yang kehidupan ini umpama roda, ada masa di atas dan ada masa dibawah.... dan bila dah berada dibawah tu hati2 sama kalau2 terkena pulak taik dan lumpur di jalan.... Tetapi ramai manusia yang sanggup membantu untuk menjatuhkan sesama kita dan bukannya membantu untuk menaikkan sesama kita......

Ramai yang selalu buat begini termasuk
terhadap saudara dan rakan sendiri

Masih ramai yang sanggup menolong
tetapi dengan pelbagai syarat dan peraturan

Masyarakat bandar semakin lama semakin kurang bercampur dengan jiran tetangga. Mana tidaknya, kluar bekerja sebelum matahari terbit dan sampai kerumah selepas matahari terbenam. Waktu hujung minggu hanya duduk dirumah melayan TV dan internet. Anak2 pula leka dengan permainan video dan komputer. Dunia semakin lama semakin mengecil akibat peredaran zaman yang sangat pantas. 

Kalau haiwan pun boleh bantu membantu sesama
haiwan..... kenapa tidak kita??

Apa kata kalau sesekali kita ubah sikap kita yang terlalu mementingkan kebendaan semata dan cuba untuk membantu orang lain sesekali walaupun orang itu tidak kita kenali. Aku cakap mcm ni sebab aku dah banyak kali membantu warga emas yg melintas jalan, membawa beg atau barangan lain naik jejantas dan sebagainya. Kita hanya hilang 1 ~ 2 minit ketika membantu tetapi besar ganjaran yang menanti kita. Tak rugi kita membantu orang lain.... siapa tahu dilain masa kita pula akan dibantu oleh orang lain yang tidak pernah kita kenal..... Lihat video dibawah.......

Berbuat baik pasti akan mendapat
ganjaran yang baik......




4 comments:

  1. topik yg baguzzz.......skrg ni mnusia lbh byk kepoh hal org lain.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks.... tapi inilah hakikatnya sekarang ni.... semua terlalu memandang kebendaan..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...