Sunday 4 December 2011

Video oh video.....


Bila tengok video kat atas tu apa perasan korang semua? Mesti rasa kesian kan kat budak tu. Tapi ni la cara didikan orang2 zaman dulu. Kalau buat salah, mesti kena tibai dan sebat punya. No compromise punya la. Aku dulu pun selalu kena mcm ni. Rotan ni mmg selalu gak la kena kalau buat salah. Hahaha.... Sakit woooo...

Tapi zaman sekarang ni, mana ada ibu bapa yg nak buat mcm ni. Now, kalau anak2 balik mengadu kata cikgu marah atau rotan di sekolah, sure esoknya mak ayah akan serang sekolah tu. Zaman dulu, ibu bapa siap galakkan lagi cikgu2 untuk merotan anak2 depa kalau anak depa buat salah.

Sebab tu la ada perbezaan antara budak2 zaman dulu dah sekarang. Zaman dulu bila nampak je bayang cikgu, kita dah rasa mcm nak terkencing dah. Zaman sekarang nampak je bayang anak murid, cikgu yang nak terkencing. Budak2 sekolah selamba je merokok depan pagar sekolah sebelum masuk sekolah tiap2 pagi.....

Yang bercouple dan merempit tu tak payah nak cerita la. Kluar je dr pintu pagar, terus merempit dengan aksi wheelie dan weekang..... Kalau yg jenis jambu dan bunga ni plak akan terus bercouple kat bus stand. 

Memang sangat berbeza antara budak2 zaman dulu dan zaman sekarang baik dari segi tahap pemikiran, perangai dan juga sahsiah diri. Apapun, aku sokong cara mak cik ni mendidik anak dia. Sure abang dia yg sibuk ketawa sambil VC ni dah pernah rasa rotan mcm adik dia kena. Sbb tu dia boleh gelak.....

Budak2 zaman sekarang ni tak boleh dimanjakan sangat. Kalau tak, pasti akan jadi mcm VC di bawah ni..... Apa pun tak boleh.....



Nak yang jadi seper VC yang pertama atau VC yang ke dua? Tepuk dada tanya selera....


p/s : Video courtesy of youtube

2 comments:

  1. Salam perkenalan dan salam 1 Malaysia kepada "Aku dan Duniaku " aku suka betul ngan statement yang di keluarkan oleh " Aku dan Duniaku " berkenaan sikap ibu bapa zaman skang yang terlebih memanjakan ank sehinggakan anak sendiri sanggup pijak kepala ibu bapa...dh ramai ank2 zaman skang yang dah jadi mcm " anakku sazali " ambil la ikhtibar daripada cerita tersebut wahai ibu bapa sekelian...sayangkan anak tangan2 kan...jgn la tangan2kan sampai tahap mendera...tp tangan2 kan utk mendidik rasanya tk salah...syabas utk " Aku dan Duniaku" kerana berkongsi entri yang menarik...teruskan usaha saudara...

    ReplyDelete
  2. Thanks bro... baru je blajar buat blog.... selalu dok baca blog org lain je...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...