Sunday 25 December 2011

Apa itu SMTI

Assalamualaikum..... tadi terbaca satu blog iaitu berkenaan SMTI seperti tajuk di atas. Acronym ini bermula dari blog saudara Mazidul Akmal. Sila baca tampalan dibawah.


Saya sedar sebilangan bloggers berasa kecil hati atau terkilan jika tiada pembaca langsung pengunjung meninggalkan komen di tampalan mereka. Secara peribadi saya tidak mempunyai masalah sebegitu. Saya menulis untuk berkongsi berita terkini dan ilmu, motif saya menulis blog, jelas. Samada pembaca sudi meninggalkan komen atau sebaliknya, itu perkara kedua.

Kekadang kita membaca blog milik bloggers lain untuk mengetahui kandungan utama tampalan mereka. Ada waktunya, kita terpanggil untuk meninggalkan komen, ada ketikanya tidak, terutama apabila topik diulas bukan berada di dalam ruang lingkup pengetahuan kita. Pada masa sama, kita tidak dapat menyangkal kenyataan, majoriti bloggers menganggap setiap komen dicatatkan pembaca, simbol sokongan moral terhadap blog terbabit. Jika kita melontarkan komen, mereka tahu identiti pembaca blog mereka.

Untuk mencetuskan suasana menang menang, saya mencadangkan... Selepas ini, setiap kali kita berkunjung ke blog lain, kita tinggalkan jejak, isyarat menunjukkan kita membaca blog mereka sekaligus menghargai karya penulis dan pemilik blog.... ringkasnya, kita tuliskan "Saya membaca tampalan ini", 4 perkataan melambangkan penghargaan kita sesama bloggers. 'SMTI', jika ingin catatan lebih ringkas.

Terlalu mudah menaip 'SMTI' berbanding usaha penulis blog menghasilkan tampalannya. Jika ekspresi 'OMG!' atau 'Oh my God!' boleh dikenali di seluruh dunia, singkatan 'SMTI' juga mampu terserlah andai dipraktikkan di negara kita. 
Boleh diterima ide itu? 


Saya berharap dapat melihat banyak SMTI di blog ini dan di blog lain. Jika maksud ringkasan perkataan itu tidak difahami sebilangan bloggers, jelaskan kepada mereka. 
Kalau bukan kita memulakan budaya ini, siapa lagi?



So, apa kata lepas ni kita semua buat macam ni.. tiap kali kita baca entry blogger yang kita follow, kita just type SMTI sebagai tanda kita sudah membaca dan memberi sokongan.


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...