Wednesday 30 November 2011

Bawal Goreng Pokok Sawit Juru

Nak citer sikit tentang bawal goreng ni..... Tempat aku keja mmg dekat sangat dengan kedai bawal goreng ni. Sesiapa orang Penang especially kawasan Province Wellesley yang tak tahu kedai ni mmg nalla punya parpu la. 

Kedai dia ni dok dalam kebun sawit. Tapi tiap2 hari waktu lunch... nah haiiiii..... meremut manusia dok mai makan termasuk la aku dgn kawan2 aku. Masakan dia simple saja. Menu ala2 masakan kampung tapi yang jadi hebat sangat tu pasai bawal goreng dia tu. 

Bawal goreng garing2 pastu mandikan bawal tu dengan sos kicap buatan sendiri..... Kuah gulai ikan pari atau sembilang mau taruh sampai banjir pastu letak skit sambal belacan. Berpeluh beb... mmg tak sedaq habaq pun sapa mai dok kot belakang. (pakcik... takan tadak makan free kot... ni baik punya dok promote dah ni...)

Harap maaf kualiti gambar kurang meyelerakan, 
sbb guna camera phone cap kambing je

Seminggu sekali leh la pi pekena kat situ.... kalau hari2 pi makan situ ka.... tokay BARB pun tinggai kandang saja... har har har....

2 comments:

  1. Salam..

    thanks baca blog saya yg tak seberapa tu. Anyway..welcome to blogging world.

    Lama dah chek tak pi makan warung kelapa sawit tu..perghhh..bawai dia the best! Office dekat situ je..jalan kaki pun sampai.

    ReplyDelete
  2. Thanks Siti. Kira dekat la office kita....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...